Azroy Hakeem Anuar meraih kemenangan penuh bermakna buat kontinjen Honda setelah berjaya memenangi perlumbaan CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 yang berakhir di Jasin, Melaka, hari ini.

Selepas dua musim, pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu akhirnya berjaya menamatkan dominasi jentera Yamaha sekaligus turut menjadi kemenangan pertamanya dalam kategori perdana.

Azroy memulakan 20 pusingan perlumbaan dari petak ketiga sebelum berjaya merampas kedudukan daripada pendahulu, Md Iqbal Amri Malek seawal pusingan kedua.

Azroy bagaimanapun diberikan tentangan sengit oleh seorang lagi pelumba muda, Md Helmi Azman sebelum berjaya memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’02.227s.

Helmi muncul naib juara dengan masa keseluruhan 16’02.939s sambil rakan sepasukan Azroy, Md Zaqhwan Zaidi yang kembali ke kancah Cub Prix pada musim ini melengkapkan penguasaan podium Honda di kedudukan ketiga dengan masa 16’09.377s.

“Saya berasa sangat gembira dan puas kerana dapat memenangi perlumbaan dan menghadiahkan kemenangan pertama ini kepada pemilik pasukan, Shahrol Yuzy dan seluruh pasukan yang tidak berhenti bekerja keras untuk memberikan saingan yang lebih kompetitif pada musim ini,” jelas pelumba berusia 20 tahun itu.

Dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez Abd Rahman meneruskan momentum kemenangan pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing apabila mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12:31.825s.

Naib juara keseluruhan musim 2018 itu mengatasi Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua dengan masa 12:34.962s sementara pendatang baharu kategori CP115, Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Juara keseluruhan WIRA 2018 itu menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12:35.454s.

Sementara itu, perlumbaan kategori WIRA dimenangi pelumba persendirian, Md Zaki Zamri yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 10’24.355. Tempat kedua milik pelumba pasukan Super KIP Motorsports, Md Afizi Supaat dengan masa 10’24.355s Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) ketiga, 10’24.493s.

KEPUTUSAN PUSINGAN 1 KEJUARAAN CUB PRIX MALAYSIA PETRONAS

CP150

1 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 16:02.227

2 Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 16:02.939

3 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 16:09.377

4 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 16:09.444

5 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing Team 16:14.834

CP115

1 Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 12:31.825s

2 Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 12:34.962s

3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 12:35.454s

4 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX SAG Team 12:38.111s

5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 12:40.976s

WIRA

1. Md Zaki A. Zamri (SGR) Persendirian 10’24.219s

2. Md Afizat Supaat (SGR) Super KIP Motorsports 10’24.355s

3. Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) AFB TECH Racing 10’24.493s

4. Md Adib M. Asri (JHR) ELF Koyoko Honda KC Racing Team 10’24.941s

5. Md Norhakim M Norhafizullah (KTN) ONEXOX SAG Team 10’25.759s

- Advertisement -