Pelumba muda negara, Azroy Hakeem Anuar mempamerkan aksi positif apabila mencatat masa kelapan terpantas pada hari pertama Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar The Bend Motorsport Park, Australia, hari ini.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mencatatkan masa terbaik 1’58.561s pada sesi latihan bebas kedua, hanya 1.229s di belakang pelumba terpantas, Yuki Ito (Yamaha Racing Asean) yang melakukan catatan terbaik 1’57.332s.
Malah, catatan Azroy lebih baik berbanding seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang melakukan masa terbaik 1’58.641s yang meletakkannya di kedudukan ke-10 terbaik.
“Saya semakin selesa dengan jentera CBR600RR ini. Perasaan saya juga lebih baik berbanding perlumbaan pertama di Thailand, bulan lepas. Saya semakin memahami bagaimana untuk mengendalikan jentera ini selain dapat memperbaiki beberapa kelemahan sebelum ini,” jelas pelumba berusia 19 tahun itu.
Tambahnya, “Ketiadaan Zaqhwan juga memberi sedikit tekanan untuk saya memberikan aksi terbaik untuk membantu mengutip mata kepada pasukan. Saya mahu menjadikan tekanan tersebut kepada kelebihan untuk merebut petak mula terbaik pada sesi kelayakan esok,” jelas Azroy.
Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing Team) mencatat masa kedua terpantas, 1’57.552s diikuti rakan sepasukan Ito, Keminth Kubo ketiga dengan masa 1’57.964s.
Dalam saingan Asia Production 250cc, duo Astra Honda Racing Team, Rheza Danica Ahrens dan Mario Suryo Aji menguasai sesi latihan bebas hari pertama dengan catatan 2’08.675s dan 2’08.724s diikuti Muklada Sarapuech (AP Honda Racing Thailand) ketiga, 2’08.846s.
Pelumba wildcard dari Filipina, McKinley Kyle Paz yang membawa cabaran pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor mencipta kejutan apabila muncul pelumba terpantas Underbone 150cc dengan masa 2’18.393s mengatasi Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) yang mencatat masa terbaik 2’18.737s diikuti Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) ketiga, 2’18.922s.
KEPUTUSAN LATIHAN BEBAS
SS600
1 Yuki ITO (JPN) Yamaha Racing Team Asean 1:57.332s
2 Decha KRAISART (THA) Yamaha Thailand Racing Team 1:57.552s
3 Keminth KUBO (THA) Yamaha Racing Team Asean 1:57.964s
4 Broc PEARSON (AUS) Persendirian 1:58.034s
5 Tomoyoshi KOYAMA (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 1:58.288s
*8 Azroy HAKEEM ANUAR (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 1:58.561s
*10 Azlan Shah KAMARUZAMAN (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:58.641s
AP250
1 Rheza Danica AHRENS (INA) Astra Honda Racing Team 2:08.675
2 Mario Suryo AJI (INA) Astra Honda Racing Team 2:08.724
3 Muklada SARAPUECH (THA) A.P. Honda Racing Thailand 2:08.846
4 Anupab SARMOON (THA) Yamaha Thailand Racing Team 2:09.014
5 Andy Muhammad FADLY (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 2:09.535
UB150
1 McKinley Kyle PAZ (PHI) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:18.393s
2 Md Helmi AZMAN (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:18.737
3 Wahyu Aji TRILAKSANA (INA) Yamaha Racing Indonesia 2:18.922s
4 Md Akid AZIZ (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:19.326s
5 Md Haziq Md FAIRUES (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 2:19.640s