Desakan dan tekanan yang sedang melanda penganjur sukan Olimpik Tokyo 2020 yang mahu dibatalkan seakan akan memberi kesan kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach.
Beliau dijadual mengadakan lawatan ke Jepun untuk meninjau persiapan penganjur Tokyo 2020 minggu depan, namun terpaksa ditunda ke bulan Jun.
Laporan media tempatan mendedahkan keputusan penundaan itu dibuat susulan soal selidik yang dijalankan mendapati 65 peratus mahukan temasya itu dibatalkan manakala bakinya ditunda dan dibawa ke tarikh lain.
Petisyan atas talian yang dilancarkan pada minggu lalu yang turut mendesak Tokyo 2020 dibatalkan telah ditanda tangani lebih 320 000.
Naib Presiden IOC yang juga Pengerusi Koordinasi Tokyo 2020 John Coates pula menjelaskan, Jepun tetap meletakkan temasya itu sebagai perkara utama dan tidak menyatakan sebarang tanda ia akan ditunda atau dibatalkan.
Negara Matahari Terbit itu mengumumkan lanjutan tempoh darurat di Tokyo sehingga penghujung Mei kerana masih bergelut untuk membendung oenularan wabak Covid 19.
Ia sekaligus menambahkan lagi persoalan tentang kredibiliti Jepun untuk memastikan penganjuran sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai depan dapat dilangsungkan dengan selamat.
Ada yang bersetuju untuk Tokyo 2020 diteruskan namun tanpa kehadiran penonton.
Keputusan samada penonton dari luar negara dibenarkan atau sebaliknya hanya akan diputuskan bulan depan.
Test Event melibatkan sukan olahraga juga telah dijalankan di Stadium Olimpik dimana ia dijalankan secara tertutup.