Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk mendesentralisasi program pembangunan remaja mereka di mana kini hanya pemain berusia 16 tahun ke atas akan ditempatkan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) PETRONAS di Bukit Kiara mulai tahun depan dan seterusnya.
Bagaimanapun, pemain sedia ada di bawah umur 15 tahun masih kekal di PABM.
Keputusan itu diambil oleh Pasukan Petugas BAM untuk Pemaju Muda.
Sebelum ini, remaja kebangsaan berumur 13 tahun ke atas akan ditempatkan di ABM, di mana mereka menerima latihan dan pendidikan badminton di bawah satu bumbung.
BAM berkata, PABM akan menyediakan pemain cemerlang dan berpotensi berumur bawah 16 tahun dengan sokongan tambahan dalam bentuk elaun bulanan dan sokongan kewangan untuk penyertaan kejohanan mengikut kes, serta dijemput menyertai latihan di ABM semasa cuti sekolah.
Adalah dirasakan bahawa membenarkan pemain di bawah umur 15 tahun tinggal di rumah bersama ibu bapa mereka adalah penting dalam membangunkan kematangan, mental dan emosi pemain.