#BAM harap pemain muda curi ilmu pemain senior
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuka ruang kepada lapan pemain pemain profesional negara untuk menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia sebagai persiapan untuk menghadapi Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung penghujung tahun ini serta program Road To Tokyo (RTT)
Kesemua pemain yang melapor diri semalam disahkan negatif daripada jangkitan Covid 19 selepas menjalani ujian calitan dan menjalani kuarantin wajib selama 24 jam.
Enam pemain, Liew Daren, Soong Joo Ven, serta gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dipanggil BAM untuk menjalani latihan harian sebagai persiapan sebelum ke Denmark bagi mengharungi Piala Thomas dan Piala Uber.
Kejohanan trsebut akan berlangsung di Aarhus bermula 3 hingga 11 Oktober manakala gandingan bergu campuran, Chan Peng Soon – Goh Lui Ying akan menjalani latihan dua kali seminggu dibawah program RTT.
Pengarah kejurulatihan, Wong Choong Hann berharap kehadiran pemain pemain profesional negara yang pernah bernaung dibawah BAM dimanfaatkan oleh pemain pemain muda khususnya utuk mencuri sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang ada pada mereka.
Malah, suasana yang lebih kompetitif pasti akan diwujud di dalam kem memandangkan mereka mempunyai rakan rakan ‘sparring’ yang mantap.
Dalam pada itu, gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong melihat skuad negara punya potensi tersendiri ketika di saingan Piala Thomas dan Piala Uber.
Perseorangan negara yang juga duta minuman isotonik terkemuka Malaysia 100PLUS, Lee Zii jia dianggao sebagai pengganti kepada lagenda negara Datuk Lee Chong Wei serta satu lagi gandingan bergu lelaki Aaron Chia – Soh Wooi Yik yang dilabel memiliki kekuatan tersendiri dijangka mampu menghadirkan keputusan positif di Aarhus nanti.
Pemain pemain bergu lelaki bakal diselia pengendali kelahiran Indonesia, Flandy Limpele yang akan memulakan tugas pada Jumaat depan selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
Pengendali berusia 46 tahun itu mengambil alih tugas seorang lagi jurulatih kelahiran Indonesia, Paulus Firman yang mengambil posisi sebagai ketua jurulatih bergu wanita.