#PELUANG UNTUK JURULATIH MENILAI SEBELUM SENARAI AKHIR PIALA THOMAS DAN PIALA UBER DIUMUMKAN

 

Meskipun masih terikat dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak melihat ia sebagai halangan untuk menghangatkan kembali arena badminton di Malaysia.

BAM mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan dalaman melibatkan pemain pemain badminton kebangsaan.

Perbincangan masih lagi diadakan dan cadangan pertandingan ini adalah pada pertengahan bulan Ogos.

Ketiadaan penonton bukan halangan buat BAM dimana kejohanan dalaman ini akan disiarkan secara lansung.

Secara tidak langsung, peminat badminton tempatan berpeluang untuk menyaksikan bintang bintang negara antaranya Lee Zii Jia, Liew Daren, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying beraksi secara kompetitif 

Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada pemain pemain untuk bersaing secara kompetitif selepas lebih 4 bulan sepi tanpa sebarang kejohanan selain sebagai persiapan awal sebelum mengharungi Piala Thomas dan Piala Uber di Denmark.

Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann, beliau mengharapkan pemain pemain untuk memberikan yang terbaik ketika di gelanggang sekaligus menjadi penanda aras keberhasilan terhadap latihan yang telah dijalani.

 

 

- Advertisement -