Persatuan Badminton Malaysia, (BAM) tampak kurang senang dengan keputusan yang diumumkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung keputusan melibatkan dua pemain India, Saina Nehwal dan HS Prannoy.
Dua pemain ini tidak turun beraksi di pusingan pertama Yonex Terbuka Thailand selepas didapati positif ujian Covid 19 dan diberi ‘walked over’ ke atas lawan masing masing iaitu dua pemain negara, S Kisona dan Lee Zii Jia.
Namun semalam, BWF menerusi penilaian oleh enam doktor dari Kementerian Kesihatan Awam Thailand menjelaskan, ujian antibodi ke atas Saina dan HS Prannoy adalah positif dimana mereka dianggap tidak mendatangkan ancaman atau mempunyai risiko yang tinggi terhadap jangkitan Covid 19 dan dibenarkan untuk beraksi.
Perlawanan perseorangan lelaki diantara HS Prannoy dan Lee Zii Jia serta Saina Nehwal menentang S Kisona bagi acara perseorangan wanita akan diadakan pada hari ini.
BAM menerusi kenyataan ringkas dilaman sosial mempertikai tindakan BWF terhadap keputusan yang telah dibuat di Bangkok, Thailand.
Bagi BAM, keputusan ‘pusingan u’ yang dibuat melibatkan perlawanan yang telah diklasifikasi sebagai walked over adalah tidak wajar dan perlu dikekalkan.
Keputusan yang diambil BWF bagaimanapun jika didalami dengan teliti mungkin ada kebaikan yang tersendiri.
Walaupun sedia maklum keputusan perlawanan telah ditetapkan. BWF mungkin berpandangan, pemain pemain ini berhak untuk diberi ‘peluang kedua’ atas kapasiti norma baharu Covid 19.
KENYATAAN MEDIA – KEPUTUSAN BWF TERHADAP HS PRANNOY DAN SAINA NEHWALĀ
Tidak ramai pemain yang memiliki peluang seperti ini ditambah dengan penantian untuk kembali ke gelanggang dan beraksi diperlawanan kompetitif yang cukup lama mungkin diletakkan dalam faktor penilaian BWF serta Persatuan Badminton Thailand (BAT).
Diharapkan ‘pusingan u’ ini hanya berlaku di Yonex Terbuka Thailand kerana kejohanan ini boleh dijadikan sebagai ‘tabung uji’ kepada prosedur operasi standard (SOP) mahupun sebarang keputusan atau pertimbangan khas yang mungkin akan menimbulkan pelbagai reaksi.
Malah, penilaian yang telah diberikan oleh wakil kesihatan bertauliah daripada kerajaan Thailand dengan jaminan perlu diambil kira selain kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung semua yang terlibat untuk bertanding diatas norma norma baharu.
Diharapkan dua lagi kejohanan, Toyota Terbuka Thailand dan FInal Siri Jelajah Dunia yang akan berlangsung selepas ini tiada lagi ‘kejutan’ daripada BWF.
BAT dalam pada itu akan memastikan (SOP) sepanjang tiga kejohanan yang dijalankan dipatuhi dengan kawalan ketat dan tiada kompromi terhadapnya bagi mengelak sebarang jangkitan Covid 19 berlaku di dalam Impact Arena.Ā