Kami merujuk kepada laporan oleh salah sebuah akhbar harian dalam ruang sukannya yang mempertikaikan pengambilan salah seorang jurulatih dari China yang kononnya ditawarkan gaji yang lumayan.

Kami ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar dan amat mengelirukan. Kami juga ingin memaklumkan bahawa proses pengambilan jurulatih ini bukanlah dilakukan sewenang-wenangnya, malahan telah ditemuduga oleh satu barisan panel 12 orang penemuduga dari kalangan ahli-ahli Majlis BAM, pegawai-pegawai dari ISN dan MSN selama hampir 3 jam.

Keputusan sepakat telah diambil dengan berkepercayaan bahawa beliau boleh membantu mengembalikan kecemerlangan badminton Negara.

Ingin juga dinyatakan bahawa tahun 2014 ini merupakan tahun amat penting buat BAM dengan cabaran-cabaran yang sedia ada dan akan mendatang, agar kita tidak ketandusan pemain-pemain yang berkaliber.

Maka transformasi dalam BAM dan kaedah-kaedah menanganinya harus dilakukan segera agar kita tidak ketinggalan.

Saudara sedia maklum bahawas ukan badminton sudah merupakan satu industri yang bergerak pantas buat masa ini, dan BAM tidak boleh hanya berpeluk tubuh.

Transformasi yang dilakukanoleh BAM dalam tahun 2014 ini telah mula menampakkan hasil yang memuaskan dengan bantuan dan kerjasama rapat dengan ISN dan MSN.

Pada pertandingan Piala Thomas di Delhi Mei lalu, kita berjaya ke pertandingan akhir, dan muncul Naib Johan setelah 12 tahun mencubanya; kali terakhir kita muncul Naib Johan ialah pada 2002 di Guangzhou.

SukanKomanwel Glasgow 2014 menggembirakan kita dengan pencapaian cemerlang 3 pingat emas, yang merupakan 50 % daripada keseluruhan kutipan emas Negara, melalui Beregu Lelaki dan Wanita serta Pasukan Campuran; ini pun tanpa kehadiran Lee Chong Wei.

Ini disusuli dengan kutipan 4 pingat gangsa oleh atlet badminton di Sukan Asia Incheon 2014 yang baru lalu, termasuk kecemerlangan Beregu Wanita yang buat pertama kalinya sejak 32 tahun berjaya merangkul pingat di Sukan Asia.

Prestasi ini tidak termasuk kecemerlangan Lee Chong Wei pada tahun ini di Terbuka Malaysia SS Premier, All-England SS Premier dan beberapa kejohanan penting yang lain.

Kemunculan atlet remaja kita harus juga diberi penghargaan dengan kejayaan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Remaja (YOG) di Nanjing melalui Cheam JunWei dalam acara Beregu Campuran.

Walau bagaimanapun, ini masih belum cukup. Kita perlu bergerak lebih tinggi dan lebih pantas.

Untuk ini kita memerlukan satu barisan jurulatih yang mantap dan sepadu dari pelbagai latarbelakang, style dan pengalaman, yang boleh digembelingkan bersama jurulatih Indonesia yang ada dan jurulatih kita sendiri, bagi menangani persaingan yang lebih mencabar.

 Kami juga ingin memaklumkan bahawa sebagai langkah transformasi yang dilakukan BAM, sejak awal 2014 semua jurulatih di BAM telah diberi sasaran untuk mencapai 75 % kemenangan(win) dan 75 % keupayaan (capability),disusuli dengan laporan teknikal oleh ISN untuk semua atlet badminton.

Untuk makluman juga BAM kini mempunyai 76 orang atlet yang dilatih di bawah berlainan jurulatih dan dalam beberapa kategori. Daripada jumlah ini bantuan yang disediakan oleh kerajaan melalui MSN hanyalah untuk34 orang atlet sahaja. Yang lainnya ditampung sepenuhnya oleh BAM.

Dari sudut kualiti pemain yang ada, keadaan agak merunsingkan. Sebagai contoh, Ranking Dunia pada Oktober 2014 bagi atlet-atlet perseorangan lelaki elit dan pelapis di bawah kelolaan Ketua Jurulatih Perseorangan Rashid Sidek, TeySeu Bock dan Hendrawan,s eperti berikut, perlu dilihat secara objektif.

Selain Chong Wei, lain-lain atlet agak jauh ketinggalan, walaupun terdapat bakat-bakat baru yang berumur awal 20an yang mula muncul untuk memberi harapan dalamjangka masa pendek :

 

PerseoranganLelakiRanking Dunia 

Lee Chong Wei                    1

Chong Wei Feng                 20

Liew Daren                           53

Iskandar Zulkarnain          93

Goh Soon Huat                   109

SooTeckZhi                          134

Tan Kian Meng                    147

NurMohdAzryn                  153

Chong Yee Han                   156

Soong JooVen                     193

Goh Giap Chin                     201

Lim Chi Wing                       206

Cheam June Wei                 264

Vincent Phuah                    394

 

Sebagai flashback, Lee Chong Wei telah mula diketengahkan ketika Morten Frost dan Indra Gunawan mengendalikan skuad Perseorangan lelaki, kemudian digilap oleh Li Mao, sebelum dipermantapkan oleh MisbunSidek.

Selepas pemergian Misbun barulah Chong Wei diambil alih oleh TeySeu Bock dan Rashid Sidek sejak 4 tahun yang lalu. Ini jelas bahawa kebangkitan Lee Chong Wei telah bermula sejak lebih awal lagi sebelum diambil alih oleh TeySeu Bock dan Rashid.

Kami mengharap kanbahawa data dan fakta di atas dapat memberi gambaran yang jelas akan keadaan sebenar bagi memahami transformasi yang ingin dilakukan oleh pengurusan BAM, agar kita masih terus relevan untuk berada di kedudukan 5 teratas di persaingan badminton dunia. Untuk mencapai kedudukan ‘top 3’ dalam dunia, langkah-langkah transformasi yang lebih drastik perlu dilakukan.

Dalam transformasi ini juga, penilaian ke atas pemain-pemain dan jurulatih-jurulatih yang dilaksanakan oleh BAM adalah berdasarkan bukti-bukti dan fakta-fakta jelas yang disediakan oleh ISN, bersama sistem penilaian dalaman bagi mengukur keupayaan (capability) dan kemenangan atlet,termasuk juga jurulatih.

Justeru, masalah kontrak jurulatih yang digembar-gemburkan seharusnya tidak menjadi satu isu. Malahan ini juga dilakukan melalui penilaian yang jelas dan transparent, berdasarkan bukti-bukti dan fakta-fakta yang nyata.

Berbalik kepada persoalan gaji Jurulatih China yang dikatakan ditawar dengan gaji yang tidak masuk akal, ingin kami tegaskan bahawa ia adalah tidak benar, dan telah mengelirukan masyarakat umum,mengelirukan jurulatih di BAM dan juga atlet-atlet badminton,dengan fakta yang salah. Soal gaji adalah merupakan satu perkara yang kami anggap sulit. Kami juga kehairanan dari unsur mana fakta tersebut diperolehi.

Yakinlah bahawa jurulatih-j urulatih di BAM kini semuanya dibayar dengan gaji yang sememangnya amat kompetitif.

Kami memohon kerjasama semua pihak agar buat masa depan,dapat memastikan apa jua maklumat dari pihak luar disahkan kesahihannya dengan pentadbiran BAM di bawah kelolaan Pengurus Besar BAM, Encik Kenny Goh.

 

Sekian,terimakasih.

- Advertisement -