Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan senarai pemain yang akan beraksi di dua kejohanan yang berlangsung di Eropah.
Dua kejohanan tersebut adalah Terbuka Switzerland yang dijadual berlangsung dari 2-7 Mac di Basel dimana BAM menyenaraikan 18 pemain dalam kesemua lima kategori.
Lee Zii Jia akan menjadi wakil tunggal perseorangan lelaki bersama sama pemain profesional, Liew Darren.
Soniia Cheah akan menggalas tugas dalam saingan perseorangan wanita manakala bagi saingan bergu lelaki, BAM menghantar tiga gandingan diketuai Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong manakala dua lagi bergu profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii turut mengesahkan penyertaan.
Bergu muda wanita yang sedang menyinar, Pearly Tan-M Thinaah turut dipilih untuk menggalas tugas di Basel bersama sama Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Dalam saingan bergu campuran, BAM menurunkan tiga gandingan, Hoo Pang Roon-Cheah Yee See, Chen Tang Jie-Pek Yen Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie
Berbanding saingan All England yang dijadual berlangsung dari 17-21 Mac, BAM menghantar tujuh wakil; Lee Zii Jia (Perseorangan lelaki), S Kisona (Perseorangan Wanita), Low Hang Yee-Ng Eng Cheong (Bergu Lelaki), Pearly Tan-M Thinaah, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (Bergu Wanita), dan Hoo Pang Roon-Cheah Yee See, Chen Tang Jie-Pek Yen Wei bagi saingan bergu campuran.