Selangor gagal membuka lembaran 2020 dengan positif selepas sekadar muncul naib juara Piala Cabaran Asia selepas tewas kepada Bangkok United 4-2 menerusi penentuan penalti.
Kedua dua pasukan gagal meraih sebarang gol sepanjang perlawanan memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.
Keadaan padang susulan cuaca buruk tampak menyukarkan kedua dua pasukan untuk memecah kebuntuan sepanjang perlawanan.
Debaran ternyata dirasai khususnya penyokong Selangor yang mengidamkan piala dilaman sendiri.
Namun, kekecewaan bermula apabila Halim Saari dan Zahril Azri gagal menewaskan Michael Falkesgaard sekaligus memastikan piala menjadi milik Bangkok United.
B Sathianathan berpuas hati dengan prestasi anak didiknya yang menunjukkan keserasian yang baik meskipun gagal menjulang trofi kerana mengakui Bangkok United merupakan pasukan yang mempunyai kelas tersendiri.
Namun, Sathia mengakui, Selangor mempunyai beberapa peluang keemasa yang gagal dimanfaatkan dengan sebaiknya.