Gergasi La Liga, Barcelona tampak berada di dalam kepincangan apabila enam pengarah meletakkan jawatan pada hari ini kerana tidak berpuas hati dengan cara yang dilakukan oleh The Catalan dalam menangani pandemik Covid 19.
Dua daripadanya merupakan Naib Presiden, Emili Rousaud dan Enrique Tombas manakala empat lagi individu; Silvio Elias, Josep Pont, Jordi Calsamiglia dan Maria Texidor.
Keenam enam individu dikatakan kecewa dengan cara kelab itu menguruskan skandal di laman sosial serta implikasi kewangan susukan krisis Covid 19.
Mereka menunding jari ke arah Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu malah meragui kemampuan ahli lembaga untuk menguruskan implikasi susulan pandemik Covid 19 dengan memotong gaji pemain sehingga 70 peratus.
Keputusan melantik pihak ketiga, I3 Ventures untuk memantau liputan di media sosial Barca turut mendapat kritikan malah keenam enam individu mahukan pemilihan presiden diadakan untuk menggantikan Bartomeu
Bartomeu bagaimanapun menafikan tuduhan berhubung tindakan I3 yang mencipta akaun baru sosial media kelab itu dengan niat untuk menjatuhkan calon calon yang akan bertanding bagi merebut jawatan itu.
Memetik laporan media Sepanyol, antara intipati surat perletakan jawatan yang dikeluarkan menerusi laman sosial kelab peminat Barcelona, keenam enam yang terlibat tidak berpuas hati dengan kaedah perlaksanaan ketika Covid 19 sedang menular.
Sebagai ikhtiar akhir, mereka mencadangkan pemilihan diadakan semula dengan kadar segera agar pengurusan kelab kembali di landasan yang betul.
Sepanyol merekodkan lebih 15 000 kematian dan lebih 150 000 kes dicatatkan setakat ini.
Pemain pemain Barca, termasuk Lionel Messi menerima keputusan pemotongan gaji bagi memastikan pegawai pegawai kelab itu menerima bayaran gaji ketika saingan bolasepak dihentikan.
Josep Maria Bartomeu bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
Beliau menggantikan Sandro Rosell yang meletalkan jawatan pada 2014 telah menduduki kerusi utama The Catalan selama dua penggal.
Beliau mendapat pelbagai kritikan khususnya daripada penyokong terutama untuk tempoh dua bulan malah diminta untuk melepaskan jawatannya.