Gergasi La Liga, Barcelona mengumumkan kelab itu mengalami kerugian € 97 juta selepas cukai bagi kewangan untuk tahun 2019/20 yang disebabkan oleh pandemik Covid 19.

Wabak itu juga menyaksikan mereka juga gagal untuk mencapai sasaran meraih keuntungan satu juta euro.

Menerusi kenyataan kelab pada Isnin, Barcelona hanya membuat keuntungan sekitar €855 juta, turun sebanyak 14% berbanding keuntungan yang diperoleh ketika musim 2018/19 (€ 990 juta).

Pecahan kerugian adalah disebabkan tiada keuntungan yang dibuat memandangkan tiada jualan tiket berlaku dan mereka kerugian € 47 juta, manakala € 38 juta pula kerugian melibatkan jualan cenderamata kedai dan € 18 juta melibatkan kos stadium.

Tambah kenyataan tersebut, Barcelona akan terus mengalami kerugian sehinggalah penonton dibenarkan menyaksikan semula perlawanan bolasepak.

Bagi musim 2020/21, pengurusan Barcelona meletakkan sasaran keuntungan sekitar € 791 juta.

Pemain pemain bersetuju untuk dikenakan pemotongan gaji ketika pandemik Covid 19 melanda global ditambah saingan La Liga juga ditunda bagi mengawal penularan di Sepanyol.

Pemain pemain yang menerima bayaran gaji seperti Luis Suarez, Ivamn Rakitic, dan Arturo Vidal turut dikenakan pemotongan gaji namun memilih untuk berhijrah bersama pasukan lain.

Bagi musim baru, Ketua Jurulatih baharu, Roeland Koeman juga tidak banyak melakukan rombakan pasukan memandangkan struktur kewangan yang tidak mengizinkan.

Beliau hanya berhasrat untuk membawa masuk penyerang Lyonn, Memphis Depay, itupun jika Barcelona berjaya menjual Ousmane Dembele yang dikaitkan dengan kelab EPL, Manchest United.

 

- Advertisement -