masaya-jitzono

Oleh Ku Mohd Lufti

Sabah memutuskan untuk mengambil dua tonggak import – Johathan Behe merupakan pemain kelahiran Perancis manakala Masaya Jitzono adalah pemain kelahiran Jepun.

Bagi pengendali Sang Badak, Steve Vilmiaire kehadiran dua pemain ini jelas dinanti nantikan oleh barisan kejurulatihan Sabah untuk mengukuhkan barisan serangan dan tengah bagi musim depan.

Malah, Behe sebelum ini pernah menyarung jersi kalb dari Ligue 1 Perancis, Montpellier dan kemudian berhijrah ke Jerman untuk menyertai kelab Hamburg SV, , Bec Tero Sasana FC (Thailand) dan Warriors FC (Singapura).

Jitzono pula akan mengemudi bahagian tengah untuk merencanakan serangan, berpengalaman di liga Singapura dan Jepun.

Steve hanya perlu mencari seorang lagi pemain import sekaligus melengkapkan kuota pemain luar susulan Sabah mahu mengekalkan Igor Cerina yang beraksi di posisi pertahanan untuk semusim lagi.

Musim 2016, Sabah menamatkan kempen Liga Perdana di tangga ke 9 dengan 20 mata hasil lima kemenangan, lima seri dan 12 kekalahan.

- Advertisement -