Oleh Muhammad Aiman
Liga Bolasepak Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA) Kebangsaan yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Disember ini tidak harus dilihat sebagai sebuah aktiviti riadah untuk memenuhi kalendar semata-mata. Â
Lebih dari itu, kejohanan yang dianjurkan PINTA dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) itu boleh bertindak sebagai platform membawa mesej perpaduan dengan bekas atlet sebagai dutanya dalam masa sama menerapkan pelbagai elemen positif, selari dengan tagline âSukan Pemangkin Jiwa Bersihâ.
Pengerusi YAKEB, Datoâ Malek Noor berkata pihaknya berbesar hati untuk sekali lagi terlibat di dalam menjayakan kejohanan ini.
Tegasnya kumpulan pelajar tahfiz ini adalah antara kumpulan sasar yang mahu didekati dan diberi peluang terlibat secara aktif di dalam program sukan seterusnya menimba ilmu dari bekas atlet menerusi kempen 1Malaysia 1Hope (1M1H).Â
âMelalui kempen 1M1H yang YAKEB ilhamkan, kita membawa bekas atlet-atlet negara mendekati masyarakat tanpa mengira latar belakang, memberi sumbangan, berkhidmat kepada mereka dalam apa cara yang kita rasakan sesuai sebagai tanda penghargaan dan membalas sokongan yang telah diberi kepada bekas atlet selama ini.Â
âKita jadikan aktiviti seperti ini sebagai medium penyampaian mesej-mesej positif. Jadi golongan pelajar tahfiz ini satu daripada kumpulan kita sasarkan untuk didekati selain anak-anak gelandangan, masyarakat orang asli dan masyarakat luar bandar,â katanya. Â
Tambah Malek lagi, âSelain elemen perpaduan, kita berharap aktiviti sukan seperti ini dapat mengeratkan hubungan setiakawan dengan menyatukan madrasah-madrasah yang bebas di bawah satu program, dan menggalakkan mereka bersukan agar terhindar dari gejala tidak sihat seperti keterlibatan di dalam aktiviti keganasan, ketagihan dadah, dan sebagainya.â
Untuk rekod, edisi pertama Liga Bolasepak Pinta Kebangsaan telahpun diadakan pada Mac 2015, berjaya menarik penyertaan 30 buah pasukan mewakili madrasah sekaligus mewujudkan satu suasana pertandingan sukan yang menjadi contoh tauladan kepada masyarakat akan etika bersukan.
Pemilihan pemain untuk beraksi di kejohanan ini juga telah dibuat di beberapa buah negeri  dengan bantuan bekas atlet, terbaru menerusi penganjuran Liga Pinta KL di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
âInilah masanya untuk anak-anak tahfiz ini menyerlahkan  bakat terpendam dan menepis tanggapan bahawa mereka hanya didedahkan dengan aktiviti keagamaan. Dalam masa sama, hadiah kemenangan yang ditawarkan pastinya dapat sedikit sebanyak membantu pengurusan madrasah tahfiz berkenaan dan memberi motivasi tambahan kepada mereka,â kata Malek lagi.
Kejohanan berformat round-robin, diikuti pusingan kalah mati ini akan berlangsung di Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Kuala Lumpur.