Oleh Ku Mohd Lufti
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) seakan akan masih belum âserikâ mencipta masalah walaupun telah di gantung susulan salah guna kewangan yang disalurkan oleh kerajaan.
Kali ini PKBM âmaju setapakâ apabila berjaya membida sekaligus diberikan hak untuk menjadi tuan rumah bagi acara trek Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2018.
Proses bidaan penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 bagaimanapun dibuat tanpa memaklumkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terlebih dahulu.
Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab ketika dihubungi berkata, dia tidak mengetahui garis panduan seperti mana yang termaktub dalam Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997 yang memerlukan kelulusan menteri bagi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.
âKalau ada panduan kita akan tanya dulu. Saya sudah duduk dalam MNCF selama 26 tahun, tak ada garis panduan oleh kementerian kalau mahu jadi tuan rumah.
âPihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) cuma tidak mahu kita tidak boleh membayar kos penganjuran atau berhutang kemudian hari, dan dalam kes ini, masalah itu tidak akan timbul kerana peserta akan membayar sendiri segala kos,â katanya.
Peraturan ini sudah digunakan sejak 2001 , malah kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Formula 1 berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) setiap tahun turut mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk menganjurkan perlumbaan tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Abu Samah menjelaskan Persatuan Berbasikal Perak (PCA) menerusi presidennya, Datuk Amarjit Singh Gill yang memohon untuk menjadi tuan rumah bagi ACC 2018 dan PKBM bersetuju dengan permohonan itu.
Mengenai pemilihan venue kejohanan, Datuk Abu Samah berkata memandangkan PCA yang membuat permohonan penganjuran, terpulang kepada mereka untuk mengadakan ACC 2018 kategori trek di Velodrom Rakyat yang dijangka selesai kerja penambahbaikan sekitar Jun tahun depan.
Katanya, ACC 2018 dijangka bakal diadakan pada penghujung Februari atau awal Mac 2018 bergantung keputusan yang akan dilakukan Persatuan Berbasikal Perak selaku tuan rumah.
Badan induk berbasikal dunia, UCI merupakan organisasi yang menguruskan hal hal yang melibatkan atlet berbasikal dan pengurusan persatuan serta memantau dan meluluskan kejohanan berbasikal di seluruh dunia.
Namun perlu diingatkan, Malaysia juga mempunyai badan berkanun dan undang undang serta prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pihak termasuk agensi dari luar negara.
Sehingga kini pegawai KBS dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengesahkan tiada surat untuk memohon kebenaran bagi membida ACC 2018 dihantar setakat ini.