Andai diambil kira prestasi ditunjukkan ketika Kejohanan Pra-Sukan SEA yang berakhir pada Isnin lalu, pasukan boling padang negara mungkin boleh dikatakan tidak akan bermasalah untuk mendominasi sukan itu apabila kejohanan sebenar berlangsung bulan depan.
Pasukan negara mengungguli pencabar-pencabar dari negara Asia Tenggara yang lain dengan memenangi enam pingat emas sekaligus memberi bayangan positif betapa mereka sudah bersedia âmengaumâ di Kuala Lumpur 2017.
Begitupun, jurulatih pasukan negara, Syed Mohamad Syed Akil berkata belum masanya untuk mereka mendabik dada dengan pencapaian itu dan mengingatkan barisan pemainnya agar tidak terpedaya dengan prestasi ala kadar ditunjukkan lawan mereka itu. Â
âSudah tentu ia satu pencapaian yang cemerlang tetapi atlet kita tidak boleh dibuai keyakinan tinggi dengan kejayaan ini. Kita harus sedar bahawa pasukan-pasukan seperti Filipina, Thailand dan Brunei tidak menghantar skuad sebenar mereka untuk mengambil bahagian.
âJika kita mula rasa selesa, kita akan hilang fokus dan mungkin tertekan. Jadi ini akan memberi kelebihan awal secara psikologi kepada mereka. Sebab itu saya tekankan kepada atlet agar usah tertipu dan teruskan kerja keras, berlatih seperti biasa.
âJangan hilang fokus, mental kena kuat, malah emosi dan âmoodâ juga boleh membantu mereka melakukan balingan yang lebih baik,â katanya ketika sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Rabu.
Tambah Syed Mohamad lagi, âDalam masa sama kita tidak ketepikan peningkatan ditunjukkan pasukan pelapis terutamanya ketika di Pra-Sukan SEA tempoh hari. Saya percaya jika semua aspek saya sebutkan tadi berada dalam keadaan baik, kejutan dapat diulangi dan sasaran empat emas di KL 2017 boleh dicapai, malah mungkin lebih daripada itu.â Â Â
Untuk rekod, boling padang kembali dipertandingkan di temasya Sukan SEA selepas 10 tahun â kali terakhir dipertandingkan di Korat 2007 di mana ketika itu Malaysia meraih empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa yang juga pencapaian terbaik kontijen negara.
Untuk edisi kali ini, empat emas disasarkan oleh Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) masing-masing dua dari kategori lelaki dan wanita dengan cabaran akan diketuai atlet veteran, Nor Hashimah Ismail serta bekas juara dunia, Safuan Said. – OLEH MUHAMMAD AIMAN