Catatan 65 pukulan 7 dibawah par sudah cukup untuk pemain pro negara, Ben Leong menerajui hari pertama Kejohanan Golf CIMB Kebangsaan secara berseorangan di Kelab Golf TPC, Bukit Kiara.
Ben Leong ternyata beraksi di kelas tersendiri apabila membenam lapan birdie sepanjang 18 lubang pada pusingan pertama menjarakkan beliau dengan 77 pencabar yang turut beraksi di TPC Bukit Kiara.
“Sunggu gembira dapat beraksi di lapangan yang memberikan banyak kenangan manis. Lapangan disini termasuk di green dan fairway begitu baik dan pukulan saya juga konsisten sepanjang hari.
“Saya banyak menumpukan kepada pukulan jarak jauh kerana terpaksa bergelut untuk memperbaiki kelemahan ini.
“Sudah pasti ianya memberi satu makna yang besar jika saya layak untuk bermain di CIMB Classic,”kata Ben Leong.
Mengekori dibelakang adalah dua pemain yang berkongsi kedudukan kedua, Danny Chia dan Mohd Zur’ie Harun dengan catatan terkumpul pada hari pertama 68 pukulan 4 dibawah par.
Manakala ditangga ketiga turut menyaksikan dua pemain, Amir Nazrin Jailani dan Wilson Choo yang menutup 18 lubang pertama dengan catatan 69 pukulan.
Sementara itu, juara tahun lalu, tampak bergelut di hari pertama apabila sekadar menutup saingan dengan catatan par 72.
Kejohanan Golf CIMB Kebangsaan 2017 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM 200 000 serta memburu slot secara merit ke kejohanan CIMB Classic yang akan berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober depan.
Hanya dua slot ditawarkan untuk pemain negara bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan 7 juta Dolar US.