Oleh Ku Mohd Lufti
Berita cukup menggembirakan dari bumi Rio apabila bergu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melakar ke pentas final selepas menundukkan pasangan dari China, Xu Chen-Majin dengan kemenangan straight set 21-12, 21-19.
Ternyata percaturan dengan permainan yang aggresif menjadi tonik kepada kejayaan ke final apabila Xu Chen dan Ma Jin tidak mampu membalas pukukan smash Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.
Hanya 18 minit diperlukan bergu campuran negara untuk menutup babak pertama dengan kemenangan 21-12.
Xu Chen dan Ma Jin bangkit dengan permainan yang lebih kemas di set kedua apabila saling berkejaran mata selepas terkejut dengan corak permainan pantas bergu negara di set pertama.
Namun kesilapan didepan jaring nyata mengecewakan Xu Chen dan Ma Jin untuk memberikan mata mudah kepada Peng Soon dan Liu Ying.
Bergu campuran negara mengesahkan slot ke final selepas menang 21-19 di set kedua dalam masa 27 minit.
Terdahulu, pasangan bergu lelaki negara Goh V Shem , Tan Wee Kiong turut mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan bergu nombor satu dunia, Lee Yong Dae, Yoo Yeon Seong dalam pertarungan tiga set 17-21,21-18,21-19.