Oleh Ku Mohd Lufti
Pusingan kedua Kejohanan Badminton SuperSeries Premier Terbuka Malaysia terus rancak apabila pemain pilihan disingkirkan.
Acara bergu campuran menyaksikan pilihan kelapan kejohanan dari Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto tewas straight set kepada gandingan ranking ke 28 dunia, Danny Bawa Chrisnanta-Vanessa Neo Yu Yan.
Selepas dikecewakan di All England, kedua dua pasangan bergu ini kembali semula ke gelanggang di stadium Melawati, Shah Alam.
Danny dan Vanessa nyata lebih bersedia kali ini meskipun beberapa kali ketinggalan jauh pada satu ketika di set pertama.
Ketika kedudukan terikat 16 sama, Danny dan Vanessa tampak sudah mampu membaca gerakan lawan untuk meraih mata demi mata sekaligus melakar kemenangan 21-19.
Di set kedua, giliran Danny dan Vanessa menguasai permainan, permainan di jaring serta smash kencang memastikan mereka terus didepan.
Praveen dan Debby cuba bangkit untuk mencari kemenangan di set kedua, namun percaturan bergu campuran nombor 7 dunia ini tampak tidak menjadi.
Peluang ini dimanfaatkan bergu Singapura untuk terus meraih mata sekaligus menutup set kedua dengan kemenangan 21-14 selepas bertarung selama 33 minit.
Ini adalah kemenangan pertama Danny dan Vanessa dalam 3 pertemuan ke atas Praveen dan Danny.
“Saya tidak sangka kami menang ke atas mereka (, Praveen Jordan, Debby Susanto) kerana bergu ini bermain dengan baik ketika di All England. Saya hanya fikir permain sendiri dan cuba untuk mengekalkan kelebihan mata ke atas lawan,” kata Danny Chrisnanta.
Malah, Danny mengakui kurang yakin dengan prestasi mereka kerana gagal untuk menempatkan diri sehingga ke peringkat suku akhir.
“Kami selalu tewas, keyakinan dalam diri semakin menurun . tetapi kami enggang mengalah dan terus cuba untuk mencari kemenangan. Kami juga masih mencuba untuk mencari slot untuk ke sukan olimpik. Mungkin sukar tetapi kami akan terus mencuba,” tambah Danny lagi.
Di peringkat suku akhir, Danny dan Vanessa akan berdepan pemenang antara pilihan pertama kejohanan, Zhang Nan, Zhao Yunlei dari China atau gandingan Korea Selatan, Shin Baek Cheol, Chae Yoo Jun.