Oleh Ku Mohd Lufti
Selepas penyingkiran pilihan ketujuh dalam acara bergu campuran, giiran pilihan ketiga pula ditunjukkan jalan keluar.
Gandingan Liu Cheng-Bao Yixin aku tewas kepada gandingan kurang berpengalaman dari Thailand, Puavaranukroh Dechapol-Sapsiree Taerattanachai.
Set pertama berlangsung sengit menyaksikan aksi kejar mengejar mata berlaku diawal saingan sebelum kedudukan terikat 20 sama.
Puavaranukroh Dechapol-Sapsiree Taerattanachai terus meninggalkan lawannya sekaligus menutup set pertama dengan kemenangan 22-20.
Liu Cheng dan Bao Yixin memperbaiki rentak permainan di set kedua untuk menghidupkan peluang ke suku akhir menerusi permainan rubber set.
Gandingan nombor 3 dunia ini bagaimanapun tidak diberi laluan mudah untuk meraih mata, namun Berjaya meraih kemenangan di set kedua dengan keputusan 21-18.
Liu Cheng dan Bao Yixin tampak tertekan ketika di set penentuan tatkala Pavuaranukroh dan Sapsiree beraksi tanpa sebarang tekanan.
Kesilapan demi kesilapan dilakukan Liu Cheng dan Bao Yixin sekaligus menambah jurang mata dengan bergu Thailand.
Bergu ke 39 dunia ini menamatkan pusingan kedua untuk mara ke peringkat suku akhir dengan kemenangan 21-17 selepas bertarung hamper sejam.
“Kami turun tanpa tekanan dan tidak menyangka dapat mengalahkan Liu Cheng dan Bao Yixin. Mungkin mereka bermain dengan tekanan dan persembahan mereka tidak seperti selalu. Kami pernah menewaskan mereka sebelum ini,” kata Sapsiree Taerattanachai.
Diperingkat suku akhir nanti, Bergu Thailand ini akan berdepan samada pemenang antara pilihan kelima dari China, Xu Chen, Ma Jin dan bergu campuran Malaysia, Chan Peng Soon, Goh Liu Yin.