chong.wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas kekalahan kepada Son Wan Ho dalam aksi pembukaan kumpulan B Siri Super Dunia, jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei kembali ke gelanggang dengan momentum yang lebih positif dalam misi memburu slot ke pusingan separuh akhir.

Beliau menghidupkan peluang untuk ke separuh akhir selepas menundukkan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long dengan kemenangan straight set 21-15, 22-20.

Mahu atau tidak, pemain nombor satu dunia ini perlu memastikan kemenangan di perlawanan seterusnya, berdepan pemain kelahiran Denmark, Viktor Axelsen.

Sementara itu, gandingan Goh V Shem – Tan Wee Kiong mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selepas melakar kemenangan  ke atas pasangan dari China, Li Junhui – Liu Yuchen.

Bergu nombor satu dunia ini bagaimanapun tewas 18-21 di set pertama, namun bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk menang di dua set berikutnya 21-19, 21-19.

Terdahulu, V Shem dan Wee Kiong diberi kemenangan percuma selepas pasangan dari Denmark Mathias Boe – Carsten Morgensen menarik diri daripada kejohanan itu.

Nasib bergu wanita wanita negara tidak begitu baik apabila tersingkir sekaligus gagal ke separuh akhir.

Vivian Hoo Kah Mun – Woon Khe Wei gagal melakar kemenangan selepas tewas 19-21, 17-21 kepada Jung Kyung Eun-Shin Seung Chan dari Korea Selatan.

Mereka tewas dalam aksi pertama di tangan beregu Denmark, Kamilla Rytter Juhl-Christinna Pedersen.

- Advertisement -