Oleh Ku Mohd Lufti
Wakil tunggal negara, Goh v Shem – Tan Wee Kiong meneruskan cabaran selaku wakil tunggal negara di Kejohanan Badminton Terbuka Denmark selepas melepasi halangan di peringkat separuh akhir.
Bergu lelaki negara ini bangkit daripada ketinggalan selepas tewas di set pertama 20-22 untuk melakar kemenangan di dua set berikutnya 21-15, 21-11 ke atas gandingan tuan rumah, Mathias Boe – Carsten Morgensen.
V Shem dan Wee Kiong dipaksa bertarung selama 57 minit untuk mengesahkan slot ke perlawanan akhir dan bakal berdepan pasangan dari Thailand, Bodin Isara – Niphitphon Phuangphuapet.
Bergi Thailand ini sebelum itu mengejutkan pilihan ketujuh dari Indonesia, Angga Pratama – Ricky Karanda straight set 21-11, 21-18.