malaysia.u22.bahrain

Oleh Ku Mohd Lufti

Kurang latihan bersama dan persiapan yang agak singkat sebelum aksi persahabatan menetang Bahrain malam ini tidak mahu terlalu difikirkan pengendali skuad bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt.

Kemenangan tetap menjadi sasarannya meskipun menjangkakan pemain pemain tidak secergas seperti yang diharapkan khususnya pemain pemain yang pertama kali beraksi untuk skuad bawah 22 tahun negara.

Ini kerana, mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang ditetapkan oleh Bernhardt.

Skuad bawah 22 Tahun negara akan menentang Bahrain mala mini di stadium Shah Alam dan perlawanan kedua pula akan dijalankan pada jumaat, 2 September di Stadium Uitm, Shah Alam.

Dalam pada itu, pengendali Bahrain, Marjan Eid tidak akan sesekali memandang rendah akan kemampuan skuad kendalian Bernhardt.

Bagi Marjan, peluang terhidang akan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pemain pemainnya untuk meraih kemenangan.

Seperti Malaysia, Marjan melihat perlawanan ini penting untuk skuadnya kerana mereka sedang merangka perancangan program pembangunan selama dua tahun.

- Advertisement -