Oleh Ku Mohd Lufti
Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt berpuas hati dengan persembahan pemain pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan pusat bagi skuad bawah 19 tahun bagi menghadapi Piala AFF bawah 19 tahun September nanti.
Jelas Bernhardt, selain memberi tumpuan terhadap stamina pemain, fokusnya juga adalah mencari pemain untuk mengisi beberapa posisi untuk disesuaikan dengan corak permainannya.
Meskipun masih terlalu awal, namun ia menjadi medan terbaik buat Bernhardt dalam melakukan persiapan awal selain menilai pemain pemain untuk diserap ke dalam skuad bawah 19 tahun negara nanti.
âSaya terkejut dan gembira dengan pemain pemain yang ada hari ini. Kami sudah melihat sesi latihan pemain pemain sebelum ini dan saya perlu memfokuskan beberapa posisi, saya berpuas hati dengan persembahan mereka hari ini,” kata Bernhardt.
Pengendali kelahiran Jerman ini tidak merasakan tekanan meskipun terpaksa melakukan dua tugasan sedangkan badan induk bolasepak negara, FAM member tugas kepada Bernhardt untuk melakukan persiapan bagi Sukan SEA 2017 tahun depan.
Malah, Bernhardt menjelaskan hanya sebahagian daripada pemain yang dipilih daripada kem latihan ini untuk diserap ke dalam skuad bawah 19 tahun negara yang akan beraksi untuk Piala AFF bawah 19 di Hanoi, Vietnam.
âApa yang boleh saya fikirkan, mungkin 10 atau 11 pemain sahaja yang akan dipilih, saya mahu lihat cara mereka bermain dan mengikuti corak permainan yang saya mahukan, kita akan lihat dalam tempoh latihan ini,” katanya lagi.
Saingan Piala AFF bawah 19 tahun akan berlangsung di Hanoi, Vietnam bermula 11 hingga 24 September depan.