Kalendar bolasepak Malaysia samada tempatan (Liga Malaysia) mahupun aksi antarabangsa kecuali skuad bawah 22 tahun negara yang berada di Korea Selatan untuk beberapa aksi persahabatan antarabangsa.
Pastinya ditunggu tunggu pelbagai pihak khususnya peminat bolasepak tempatan, Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) yang akan diadakan setiap tahun sebagai penghargaan kepada pemain, pegawai dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membawa nama pasukan mahupun Malaysia di kejohanan yang disertai.
Sekalung tahniah kepada pemenang pemenang ABK 2017 yang telah diumumkan semalam dan semoga kemenangan yang diberi menjadi pembakar semangat dalam menaikkan lagi mutu bolasepak di Malaysia.
Namun, disebalik kemeriahan ABK yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka semalam, majlis ini memerlukan perubahan ke arah yang lebih efisien, persoalan utama yang timbul, mengapa hanya bolasepak diangkat dan julang dengan pelbagai anugerah?
Meskipun FMLLP hanya mengendalikan liga tempatan, namun, selain bolasepak, Malaysia memiliki pasukan kebangsaan bagi futsal, dan bolasepak pantai, justeru mengapa dua sukan ini ‘disisihkan’?
Bagaimana pula dengan skuad bolasepak remaja negara? anak didik Bojan Hodak layak ke Kejohanan Bolasepak Piala AFC bawah 19 Tahun meskipun hanya melakukan persiapan selama beberapa minggu sahaja.
Skuad futsal negara juga tidak kurang hebat dengan meraih pingat perak di Sukan SEA ke 29 Ogos lalu selain muncul naib juara di Piala AFF.
Sudah memadai jika mereka diumumkan antara penyumbang kepada arena sukan bolasepak di Malaysia diatas pencapaian yang telah dikecapi kerana 2017, futsal, pasukan remaja negara melakar kejutan tersendiri.
Anugerah Bolasepak Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana organisasi itu menghimpunkan kesemua penggiat kesemua jenis sukan bolasepak di peringkat masing masing.
Bukan sahaja pemain dan pegawai, pengadil turut dihimpun bersama sama dalam komuniti ini sekaligus diberi penghargaan.
Anugerah, trofi dan hadiah kemenangan bukan perkara utama dalam penganjuran acara ini, apa yang penting adalah meraikan kesemua pihak secara sama rata, tidak ada unsur unsur pilih kasih atau demi kepentingan sesetengah pihak.
Bekas pemain kebangsaan juga mungkin boleh diselitkan untuk diktiraf diatas jasa jasa mereka khususnya berjaya melayakkan diri di pentas terbesar dunia satu ketika dulu.
Setidak tidaknya, bekas pemain negara boleh dipanggil untuk menjadi tetamu khas dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pemenang.
Pemilihan calon calon bagi anugerah yang dipertandingkan diharapkan lebih telus dan berdasarkan pencapaian atau prestasi mereka.
Luahan Tunku Ismail terhadap senarai pencalonan bagi ABK 2017 apabila tiada pemain JDT tersenarai sedikit sebanyak menimbulkan persoalan tentang kredibiliti individu yang dipilih untuk menyenaraikan calon bagi anugerah yang dipertandingkan.
Apapun, ABK adalah pengiktirafan yang perlu diberikan penelitian lebih profesional kerana ianya akan menggambarkan sejauh mana kemampuan pihak penganjur mencari, meneliti dan menyusun atur acara ini secara telus adil dan saksama.
FMLLP adalah badan yang dilantik oleh FAM untuk mengendalikan liga di Malaysia, meskipun tidak menguruskan elemen lain, pemikiran diluar kotak adalah perlu kerana bola mampu menyatukan pelbagai pihak.OLEH KU MOHD LUFTI