Tiada kebimbangan besar terhadap situasi tonggak tengah skuad B-22 negara, Ahmad Khairil Anuar Zamri meskipun pemain Perak itu terpaksa disisihkan dari skuad 22 pemain yang akan terbang ke China minggu depan berikutan kecederaan lutut.
Pengendali pasukan, Datoā Ong Kim Swee berkata kecederaan dialami pemain dikenali dengan panggilan Beto itu tidaklah serius dan keputusan mengetepikannya hanyalah bagi mengelakkan risiko kecederaan lebih teruk.
āKita hanya ada masa kurang seminggu sebelum bertolak ke China jadi saya merasakan lebih elok meninggalkannya di sini bagi menjalani program pemulihan bersama Institut Sukan Negara. Kecederaannya mungkin mengambil masa dua minggu untuk pulih jadi dia akan segera kembali ke dalam skuad sebaik kita pulang dari China,ā ujar Kim Swee.
Selain Beto, Kim Swee juga kehilangan khidmat pemain Sarawak, Nur Syahmie Iszuan Amin dan pemain Felda United, Ahmad Azriddin Rosli yang mana kesemuanya mengalami kecederaan ketika menjalani latihan pusat di Wisma FAM.
Kim Swee telahpun memanggil Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) serta Sean Eugene Selvaraj dan L.Kalaiharasan sebagai pengganti dan dia berpuas hati dengan tahap kecergasan serta komitmen ditunjukkan tiga pemain itu.
Skuad B-22 negara akan mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang pasukan B-22 China (10 Jun), skuad simpanan Guangzhou R&F (13 Jun) dan skuad simpanan Guangzhou Evergrande (15 Jun) sebagai persiapan untuk menghadapi kelayakan Kejohanan B-23 AFC di Bangkok pada Julai, diikuti Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos nanti. Ā
āAdalah penting untuk kita mempunyai program persiapan yang rapi kerana bagi saya kedua-duanya (Kelayakan AFC dan Sukan Sea) adalah penting. Tiada istilah salah satu sahaja akan menjadi keutamaan, kita mahu layak ke AFC dan dalam masa sama kita juga mahu menang di Sukan SEA. Jadi kita perlu ada sebuah pasukan seimbang,ā tambah Kim Swee. – OLEH MUHAMMAD AIMAN