Kekalahan kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan Kejohanan Bawah 19 Tahun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bekasi Indonesia petang tadi bukan bermakna Malaysia beraksi hambar sepanjang permainan.
Ketua Jurulatih negara, Bojan Hodak tidak melihat kekalahan 1-2 sebagai memalukan kerana lawan Malaysia adalah satau pasukan terbaik dunia.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Malaysia turun sebagai pasukan ‘under dog’, malah bermain dengan pasukan Arab Saudi yang merupakan kuasa besar di Asia.
“Saya tidak kecewa dengan pemain pemain kerana mereka bertarung sehingga minit ke 90 dan kami tidak memberi ruang mudah kepada lawan,”kata Bojan Hodak.
*Foto dan Audio – FAM
Tambahnya lagi, peluang untuk Malaysia melakar kejutan tetap ada, hanya ketumpulan penyudah sedikit sebanyak merencatkan matlamat itu.
Malah, pertahanan yang agak longgar juga dilihat sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh barisan kejurulatihan untuk meminimakan kesilapan pada perlawanan seterusnya.
Arab Saudi terlebih dahulu membuka tirai gol dalam aksi yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga di minit 23 menerusi Turki Marwan Alammar.
Salleh Ahmed Alsaleem melebarkan kedudukan menjadi 2-0 untuk arab Saudi di minit 77.
Namun, Malaysia bangkit mengurangkan defisit gol 1-2 menerusi penyudah pemain penyerang, Muhammad Hadi Fayyadh di minit 87.
Malaysia akan berdepan Tajikistan pada 23 Oktober sebelum berdepan China pada 26 Oktober sekaligus melengkapkan jadual peringkat kumpulan D.
Anak didik Bojan Hodak perlu menamatkan saingan di kelompok dua teratas dalam Kumpulan D jika mahu mengesahkan slot ke suku akhir. KU MOHD LUFTI
Kesebelasan Utama
MALAYSIA
22. Azri Ghani (GK)
5. Anwar Ibrahim
2. Shivan Pillay
18. Syaiful Alias (C)
3. Ahmad Tasnim Fitri
17. K. Thivandaran
4. Zahril Azri
7. Nurfais Johari
8. Nik Akif Syahiran
10. Hadi Fayyadh.
Pemain Gantian : 1. Syakir Danial (GK), 6. Nabil Hakim Bokhari, 9. Arif Shaqirin, 11. Akhyar Rashid, 13. Izzuddin Roslan, 14. Azhar Apandi, 15. Feroz Baharudin, 16. Al Imran Halim, 19. Zafuan Azeman, 20. Ammar Akhmall, 21. Ramadhan Saifullah, 23. Shafiq Afifi (GK).
ARAB SAUDI :
2. Saud Abdullah Abdulhamid
4. Naif Mousa Almas
5. Hassan Mohammed Altambakti (C)
9. Feras Tariq Albrikan
10. Turki Marwan Alammar
11. Khalid Essa Alghannam
13. Muhannad Mustafa Alshanqiti
14. Mansor Faiez Albeshe
15. Faraj Abdullah Alghashayan
16. Hazim Hassan Alzahrani
22. Abdulrahman Anwar Alshammari.
Pemain Gantian : 1. Nawaf Saeed Alghamdi (GK), 3. Khalifah Adel Aldawsari, 6. Makhir Saleh Alrashidi, 7. Salem Ahmed Alsaleem, 8. Hameed Abdullah Alghamdi, 17. Ibrahim Hussain Mahnashi, 18. Abdulaziz Sulaiman Aldhuwayhi, 19. Safi Mohammed Alzaqarta, 20. Abdullah Alhamddan, 21. Mohammed Sultan Aldawsari (GK), 23. Abdulmohsen Alqahtani.