Selepas empat hari bersaing di edisi keempat acara Bola Tampar Pantai, Fédération Internationale de Volleyball (FIVB) 1-Bintang Terbuka Langkawi 2020, aksi hari terakhir ditumpakan kepada perlawanan peringkat separuh akhir dan penentuan pingat bagi kategori lelaki dan wanita.

Pingat emas dalam kategori lelaki telah menjadi milik pasangan dari Poland, Jedrzej Brozyniak/Piotr Janiak (POL) setelah mereka menewaskan Alexander Annerstedt/Martin Johansson (SWE) dari Sweden, 21-19, 14-21, 15-8.

Pasangan dari Poland sebelum itu telah berjaya mengetepikan cabaran dari Ya-Jen Hsieh/Chin-Ju Wang dari Chinese Taipei (TPE, 21-17, 21-17) pada perlawanan separuh akhir di sebelah pagi.

Bagi pasangan dari Sweden Annerstedt/Johansson (SWE), pingat perak yang menangi mereka merupakan perkara yang bersejarah kerana ini adalah kemunculan pertama mereka di peringkat akhir di acara bola tampar pantai jelajah dunia FIVB.

Mereka telah berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir setelah berjaya mengalahkan Dunwinit Kaewsai/Prathip Sukto (THA) dari Thailand 21-15. 21-17 dalam aksi perlawanan separuh akhir.

Pasangan dari Poland komen, “Ini adalah sangat istimewa bagi kami. Kami hanya kalah satu perlawanan di peringkat kumpulan dan telah memenangi kesemua perlawanan yang kami hadapi selepas itu. Kami amat gembira dengan kemenengan ini dan membawa pulang pingat emas!”

Sementara itu, dalam kategori wanita pula, emas dimenangi oleh wakil kontinjen Asia melalui pasangan Chinese Taipei Nai-Han Kou/Pi Hsin Liu (TPE) setelah mereka menewaskan pasangan adik beradik Dorina Klinger/Ronja Klinger (AUT) dari Austria 23-21, 21-18 di perlawanan penentuan pingat emas.

Sebelum itu, pasangan Chinese Taipei itu telah berjaya mengetepikan saingan dari pasangan Jepun, Reika Murakami/Kaho Sakaguchi (JPN) 21-18, 22-20 di perlawanan separuh akhir.

Memberi komen selepas kemenangan mereka, Kou N.H./Liu P.H. berkata, “Ini adalah perasaan yang amat luar biasa bagi kami kerana kami terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap ini.

Fokus kami pada perlawanan akhir mementang pasangan dari Austria bertumpukan mengawal rentak dan corak permainan kami. Ini telah membantu kami berjaya. Kami sangat gembira kerana ini adalah satu perasaan yang sangat istimewa!”

 

 

Pingat perak untuk kategori wanita dimenangi oleh pasangan Klinger yang sebelum ini berjaya mengalahkan Yurika Sakaguchi/Chiyo Suzuki (JPN) 18-21, 21-18, 15-10 di aksi pusingan separuh akhir.

Sementara itu, pasangan Jepun, Reika/Kaho (JPN) pula telah berjaya membawa pulang pingat gangsa tanpa bertanding apabila perlawanan pingat gangsa dibatalkan disebabkan kecederaan kepada lawan mereka Suzuki/Chiyo.

“Edisi keempat Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia FIVB 1-Bintang Terbuka Langkawi 2020 telah mempamerkan aksi yang terbaik selama empat hari.

“Kami telah menyaksikan aksi yang amat hebat dalam persaingan lelaki dan wanita dari kesemua pasukan yang telah mengambil bahagian tahun ini dari peringkat pusingan kelayakan sehingga ke hari terakhir pada hari ini.

“Syabas kepada kesemua pemenang, terutamanya Jedrzej Brozyniak/Piotr Janiak (POL) dan Nai-Han Kou/Pi Hsin Liu (TPE) yang telah berjaya membawa pulang pingat emas,” kata Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif, E-Plus Global Sdn Bhd, promoter dan penganjur Terbuka Langkawi 2020.

Acara Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia FIVB 1-Bintang Terbuka Langkawi 2020 ini dianjurkan dan diuruskan oleh E-Plus Global Sdn Bhd, dan diktiraf oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB), dengan sokongan Lembaga Pembangunan Langkawi, Persatuan Bola Tampar Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

- Advertisement -