#SITUASI ‘MENANG-MENANG’ MAMPU BANTU LIGA MALAYSIA BERJALAN SEPERTI DIRANCANG
Satu keseimbangan perlu ada antara tanggungjawab membendung penularan pandemik COVID-19 di negara ini di samping menggerakkan semula semua sektor ekonomi termasuk industri bola sepak.
Demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang, yang berkata, sudah sampai masanya industri bola sepak mendapat ruang yang sama oleh pihak kerajaan untuk dibenarkan beroperasi seperti mana sektor ekonomi lain di negara ini.
Tambahnya, satu situasi âmenang-menangâ perlu ada antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pemegang taruh Liga Malaysia iaitu pengenalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang boleh diterima oleh semua pasukan agar Liga Malaysia dapat berjalan seperti dirancang.
âSebagai CEO Sri Pahang FC yang bertanggungjawab kepada semua pemain, yang secara tidak langsung merupakan pekerja, saya juga mengidamkan industri bola sepak dapat berlangsung sepertimana industri-industri yang lain.
âSaya juga ada berbincang dengan CEO dengan kelab-kelab yang lain, mereka juga rasa gusar jika liga tidak dapat dijalankan atau ditangguh terlalu lama kerana mereka akan banyak menjawab perkara itu dengan pihak penaja, apakah keuntungan yang mereka akan dapat jika liga tidak dapat diteruskan?
âKita faham dan sentiasa akan patuhi apa jua hasrat kerajaan namun keresahan ini dapat diatasi jika liga dapat diteruskan dengan suasana SOP yang boleh dipatuhi oleh semua pasukan sebagaimana contoh, ujian calitan secara berkala yang saya lihat kosnya lebih rendah.
âMKN perlu mempertimbangkan faktor ini kerana kalau kita hendak tunggu vaksin, sememangnya prosedur itu pasti akan memakan masa berdasarkan program immunisasi yang akan dilaksanakan.
âSemua pasukan juga kena bantu kerajaan dalam soal ini, mereka tidak boleh cakap mahu berlatih macam biasa dan pihak kerajaan juga kena dengar apa pandangan dari Malaysian Football League serta rakan-rakan industri yang lain,â katanya.
Sementara itu, CEO Terengganu FC, Ab Rashid Jusoh juga sependapat dengan Suffian sambil mengharapkan agar ramai pihak dapat melihat kepentingan industri bola sepak ini menjangkaui daripada sektor sosial semata-mata.
Jelasnya, banyak perkara boleh dipelajari daripada bola sepak di Eropah yang dapat dilangsungkan walaupun kes di sana begitu tinggi dan mengharapkan perkara sama mampu direalisasikan di sini.
âPertamanya semua pihak perlu faham, di Malaysia, bola sepak ini bukan lagi sebagai salah sebuah cabang sukan, tetapi ianya telah menjadi satu industri besar di negara ini yang telah membina rantaian ekonomi tersendiri secara tidak langsung dari pihak kelab, penaja penyokong dan perniagaan.
âSebarang penangguhan liga akan memberi impak negatif buat industri ini kerana ia bukan menjejaskan pasukan sahaja tetapi ia akan melibatkan banyak pihak dan entiti termasuklah pelabur atau penaja, peniaga, syarikat penyiaran, malah peminat juga bakal terkesan dengan penangguhan atau pembatalan Liga Malaysia ini.
âJika kita melihatkan di Eropah, kes COVID-19 di negara mereka lebih tinggi berbanding Malaysia namun mereka berjaya menggerakkan liga mereka seperti biasa dengan penambahan SOP yang ketat. Perkara yang sama dilihat boleh dilakukan di negara kita dengan syarat-syarat yang perlu dipersetujui bersama diantara MKN atau pihak berwajib bersama FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan MFL,â katanya.
Sebelum ini ramai pihak termasuk CEO Persatuan Pemain-Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail dan bekas jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah, telah menyuarakan bahawa Liga Malaysia perlu diteruskan kerana sebarang pembatalan akan membawa implikasi yang buruk kepada semua pihak yang terlibat dalam industri bola sepak negara.