Bonzer yang turut hadir di majlis sidang media Kejohanan Ragbi Cobra 10s edisi ke46 yang telah berlansung di Hotel Best Western, Petaling Jaya.
Bonzer yang turut hadir di majlis sidang media Kejohanan Ragbi Cobra 10s edisi ke46 yang telah berlansung di Hotel Best Western, Petaling Jaya.

cobra-10s-logo-w245Nama Mohamad Amin bin Jamaluddin mungkin kurang dikenali dikalangan para peminat ragbi namun panggilan “Bonzer” yang sering menjadi sebutan pasti sentiasa dinantikan aksi-aksi beliau di atas padang. Menjelang kejohanan ragbi 10 sepasukan; COBRA 10s yang akan berlansung pada 12 & 13 November 2016 ini sekali lagi mempertaruhkan kudrat Bonzer selaku pemain prop forward bersama beberapa pemain tempatan lain untuk memastikan pasukan COBRA terus padu.

Atlet ragbi berumur 27 tahun ini yang berpengalaman besar di pentas antarabangsa ternyata optimis untuk membantu pasukan terus mara ke pusingan akhir.

“Sekali lagi pihak COBRA memberi kepercayaan kepada saya. Sesuatu yang amat membanggakan saya bersama pasukan yang hebat ini. Terima kasih ingin saya ucapkan kepada pihak COBRA yang masih memberi kepercayaan kepada saya. COBRA 10s merupakan salah satu pentas terbaik untuk pendedahan saya dan pemain tempatan lain bagi menimba pengalaman di peringkat antarabangsa ini. Saya harap lebih ramai pemain tempatan akan diberi peluang ini di masa hadapan. Pemain tempatan kita sudah mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana kekurangan aspek fizika.” ujar Bonzer yang berasal dari Perlis ini. Bonzer juga turut mengulas di mana Kelab Ragbi COBRA bagaikan sebuah kilang yang berjaya melahirkan atlet-atlet ragbi bertaraf antarabangsa.

Sebelum ini pihak COBRA juga turut memberi peluang kepada Bonzer untuk mengutip pengalaman di samping mencari slot untuk ke pentas yang lebih tinggi bersama kelab ragbi Harbour Hawks yang berpengkalan di Dunedin,New Zealand. 3 bulan berkelana di sana ternyata merupakan sesuatu pengalaman yang amat berharga. Perjalanan karier ragbi Bonzer bermula pada 10 tahun lepas di mana telah terpilih dari program pemilihan bawah 16 tahun untuk menyertai pasukan COBRA dan melakukan penampilan sulung COBRA 10s pada 2006.

 

Profil:
Nama: Mohamad Amin bin Jamaluddin
Tarikh Lahir: 4 Februari 1989
Tempat Lahir: Hospital Tengku Fauziah,Kangar,Perlis.
Posisi Kegemaran: Nombor 8
Kelayakan Ragbi dari World Rugby/IRB: Coaching Level 1. Strength & Conditioning level 1

Penampilan Pertama:
Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil

Penampilan Antarabangsa:
2008 World University Games Cordoba, Spain
2009 Asian Sevens Series
2010 Commonwealth Games New Delhi, India
2012 Asian Sevens Series
2013 Asian Sevens Series
2014 Commonwealth Games Glasgow, Scotland
2015 Harbour Hawks New Zealand

- Advertisement -