Pasukan yang berpengkalan dari Sabah, Borneo Eagles muncul juara kejohanan Ragbi Cobra 10’s edisi ke 46 dalam perlawanan final Cup, menewaskan Cobra 19-0. Menurunkan kesemua pemain import, Borneo Eagles mendahului di babak pertama 14-0.
Jona Vugona Tuitoga meletakkan pasukannya mendahului 5-0 disusuli conversion oleh Rocky Nishtar Khan untuk melebarkan kedudukan kepada 7-0. Cobra yang juga semifinalis piala Cup tahun lalu tampak sukar untuk melakukan serng balas susuln padang basah.
Sakiusa Terence Gavidi melebarkan kedudukan 12-0 dan Nishtar Khan sekali mudah menyempurnakan conversion untuk terus menekan Cobra sekligus menutup babak pertama dengan 14-0.
Hujan lebat beserta petir turun beberapa minit selepas Richard Philip Judd melakukan try ketiga untuk Borneo Eagles mendahului 19-0.
Susulan hujan yang masih belum berhenti, pihak penganjur memutuskan untuk memberi kemenangan kepada Sabah Borneo selepas mengadakan perbincangan dan dipersetujui oleh kedua dua pasukan.
Untuk rekod , ini adalah kemenangn ketiga Borneo Eagles dalam saingan Cobra 10’s selepas melakukannya pada 2009 dan 2013.
Dalam pada itu, KLDBKL muncul juara bagi kategori Plate selepas membenam cabaran pasukan dari Singapura, Singapore Barbarians 47-7.
Manakala dalam saingan alhir bagi kategori Bowl, Panther Blowpipes muncul juara selepas melakar kemenangan selesa 35-7 ke atas Duka Old Boys.