brazil.south

Aksi pembukaan bolasepak lelaki di Sukan Olimpik tidak seperti diharapkan khususnya Brazil apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Afrika Selatan dalam saingan kumpulan A.

Kehadiran bintang Barcelona, Neymar tidak memberi impak buat skuad samba apabila gagal meraih kemenangan sulung meskipun dihidangkan dengan deretan peluang terhidang.

Satu lagi aksi kumpulan A juga menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan terhasil diantara Denmark dan Iraq.

Kesemua pasukan berkongsi satu mata, sambil mengharapkan perubahan dalam kedudukan carta kumpulan A berlaku selepas tamat perlawanan kedua pada 7 Ogos nanti.

Brazil pastinya mengharapkan tuah untuk melakar kemenangan ke atas Iraq manakala Denmark akan berdepan Afrika Selatan.

Kumpulan B menyaksikan tuah milik Nigeria yang menerajui carta selepas melakar kemenangan 5-4 ke atas Jepun.

Etebo Oghenekaro muncul wira skuad kendalian Siasia Samson apabila meledak empat gol (minit ke 10, 42, 51, 66) selepas rakan sepasukan, Umar Sadiq membuka tirai gol seawal minit ke 6.

Manakala gol jepun dijaringkan Shinzo Koroki (minit 9), Takumi Minamino (minit 12), Takuma Asano (minit 70), dan Musashi Suzuki (90+5).

Di tangga kedua adalah Sweden, berkongsi satu mata selepas seri dua sama dengan Colombia.

Teofilo Gutierrez membuka tirai gol di minit ke 17, namun Sweden membalas dengan dua gol menerusi Ishak Mikael (minit 43) dan Astrit Ajdarevic (minit 62).

Dorlan Parbon mengecewakan Sweden untuk pulang dengan tiga mata selepas meledak gol penyamaan di minit ke 75.

south.korea

Aksi kumpulan C pula menyaksikan penguasaan Korea Selatan selepas membenam Fiji 8-0.

Ryu Seongwoo meledak hatrik untuk Korea Selatan (minit 32, 63, 90+3) manakala Kwon Chang Hoon dan Suk Hyunjun masing masing meledak dua gol.

Manakala satu lagi gol Korea Selatan dijaringkan Son Heungmin di minit ke 62.

Dua lagi pasukan kumpulan C, Jerman dan Mexico berkongsi satu mata selepas kedua dua pasukan terikat dua sama.

Berbeza dengan kumpulan A,B dan C, Portugal dan Honduras berkongsi tiga mata dalam saingan kumpulan D.

Pacienca dan Pite memastikan tiga mata buat Portugal, menewaskan Argentina 2-0 manakala Honduras menang tipis 3-2 ke atas Algeria.

- Advertisement -