brazil.women.china

Oleh Ku Mohd Lufti

Aksi pembukaan Bolasepak Wanita Sukan Olimpik bagi kumpulan E menyaksikan Sweeden melakar kemenangan selepas menang tipis ke atas Afrika Selatan 1-0.

Gol kemenangan Sweeden dijaringkan Nilla Fischer di minit ke 74,  selepas menolak masuk bola susulan kegagalan penjaga gol Afrika Selatan menepis keluar bola dari dalam kotak penalti.

Sweeden menguasai perlawanan sepanjang perlawanan dan dihidangkan dengan deretan peluang khususnya dibabak pertama.

Kemenangan ini menyaksikan Sweeden berkongsi tiga mata dengan Brazil yang turut mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas China untuk menerajui kumpulan E.

Perlawanan kedua, Brazil akan bertemu Sweeden manakala Afrika Selatan akan berdepan China, kesemua perlawanan dijadual berlangsung pada 6 Ogos.

Kumpulan F menyaksikan Jerman berpesta gol keatas Zimbabwe 6-1 untuk menghuni tangga teratas.

Melanie Behringer muncul wira pasukan apabila meledak dua gol di minit ke 53 dan 78, manakala Sara Daebritz (minit ke 22), Alexandra Popp ( Minit ke 36) Melanie Leupolz (minit ke 83) masing masing meledak satu gol.

Pemain Zimbabwe, Eunice Chibanda menjaringkan gol sendiri untuk memberikan jaringan keenam buat Jerman, manakala gol saguhati Zimbabwe disumbang Kudakwashe BAsopo di babak kedua perlawanan.

Manakala Kanada mengekori dibelakang, turut mengumpul tiga mata susulan kemenangan 2-0 ke atas Australia.

Janine Beckie muncul penjaring paling pantas dalam saingan Olimpik Rio apabila membuka tirai gol 30 saat selepas wisel ditiup pengadil.

Christine Sinclair melengkapkan kemenangan Kanada dengan gol kedua di minit ke 78.

- Advertisement -