Pertarungan featherweight antara Brian Ortega dan “The Korean Zombie” Chan Sung Jung berlangsung penuh sengit sepanjang lima pusingan.
Walaupun sudah lama tidak beraksi, Ortega membuktikan yang beliau telah mampu meningkatkan teknik serta mengubah cara berlawan secara efektif.
‘Zombie’ Sung Jung berjaya memberi saingan hebat dan tidak pernah mengaku kalah namun ia jelas kelihatan yang Ortega berjaya melepaskan beberapa serangan sepanjang pertarungan tersebut.
Akhirnya Ortega dinobatkan sebagai pemenang dari keputusan mutlak dan ini meletakkan beliau di landasan terbaik untuk bertemu juara bertahan UFC featherweight, Alex Vokanovski.
“Saya telah dikira tidak mampu lagi. Itu saya faham kerana jika dua tahun meninggalkan permainan, anda tidak diambil kira lagi. Saya di sini untuk mengingatkan semua.
“Sudah tentu ia satu perasaan yang hebat untuk melihat tangan anda diangkat di peringkat ini, itulah perkara yang nombor satu,” kata Ortega selepas kemenangannya.
Bekas juara strawweight Jessica Andrade berjaya melakukan debut positif di peringkat flyweight menentang Katlyn Chookagian.
Walaupun 7 inci lebih pendek daripada lawannya, ternyata Andrade tidak terbantut dengan kelebihan fizikal Chookagian dan berjaya merapat untuk menyerang secara tumbukan ke arah badan yang memberinya kemenangan pada pusingan pertama.
“Sangat memuaskan untuk mencapaikan sasaran. Kita berlatih untuk berlawan dan setelah berusaha banyak tahun, ia berbaloi untuk mencapai kemenangan untuk pasukan dan jurulatih saya,” kata Andrade.
Lain-lain pertarungan menyaksikan Jimmy Crute menumpaskan Modestas Bukauskas dalam pusingan pertama.
James Krause menunjukkan kredibiliti sebagai peninju apabila serangan tumbukan balas melawan Claudio Silva memberikannya kemenangan keputusan mutlak.
Pelbagai kombinasi ditunjukkan dalam tiga pusingan pertarungan featherweight yang berpihak kepada Jonathan Martinez ke atas Thomas Almeida.
Pertemuan muka baru UFC menyaksikan Guram Kutateladze menang tipis menerusi keputusan ke atas Mateusz Gamrot dalam tiga pertarungan tiga pusingan yang penuh dramatik.
Keputusan mutlak berpihak kepada Gillian Robertson yang menggunakan teknik jatuhan dan kawalan dari atas dalam pertarungan menentang Poliana Botelho.
Junyong Park menggunakan teknik gusti dan mempunyai kawalan penuh ke atas John Phillips untuk mencapai kemenangan keputusan mutlak.
Pertarungan lightweight menyaksikan Fares Ziam mencapai kemenangan secara keputusan di mana serangan beliau tampak lebih efektif berbanding teknik bergelut yang dipamerkan oleh Jamie Mullarkey.
Dominasi di akhir pusingan kedua memberi Maxim Grishin kemenangan ke atas Gadzhumura Antigulov secara TKO dengan hanya tinggal baki 3 saat.
Said Nurmagomedov tidak perlu berkerja keras dalam pertarungan menentang pesaign kali pertama Mark Striegl.
Cubaan Striegl untuk menjatuhkan Nurmagomedov dibalas dengan tumbukan sebelum terpaksa mengalah selepas hanya satu minit.