Brunei Darussalam masih belum memberikan pengesahan berhubung status untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA tahun 2027.
Ketika mesyuarat secara virtual Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) baru baru ini yang turut dihadiri oleh Presiden Majlis Olimpik Brunei Darussalam (BDNOC), Putera Sufri Bolkiah masih belum emmberi kata putus.
Ini kerana BDNOC perlu mendapatkan persetujuan daripada kerajaan negara Brunei sebelum memberi sebarang kata putus.
Berdasarkan giliran semasa, Vietnam akan menjadi tuan rumah edisi ke 31 pada 2021 diikuti Kemboja sebagai penganjur ke 32 sebelum Thailand mengambil alih sebagai tuan rumah Sukan SEA ke 33 pada 2025 disusuli Brunei Darussalam yang akan menjadi penganjur bagi edisi ke 34 pada 2027.
Pada 2015, Brunei menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan SEA ke 30 iaitu pada 2019 susulan masalah pengangkutan dan kewangan dan tugas tersebut diambil alih oleh Filipina.
Brunei Darussalam menjadi negara ketujuh dikalangan negara negara ASEAN sebagai penganjur Sukan SEA selepas Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.
Malah, Brunei setakat ini hanya sekali sahaja berjaya menjadi penganjur Sukan SEA ketika 1999 dan mempertandingkan 21 jenis sukan ketika itu.