Masalah penat bukan dijadikan alasan untuk Mohd Zaqhwan Zaidi tidak memberikan aksi terbaik dalam saingan CP150 menjelang perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang dijadualkan bersambung semula setelah cuti rehat panjang di MAEPS, Serdang pada 15 dan 16 Julai ini.
Pelumba utama Givi Honda Yuzy Racing itu berada di Jepun sejak beberapa minggu lepas bagi menjalani sesi latihan dan ujian rasmi perlumbaan berprestij, Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8 Hour di Litar Suzuka, Jepun dan hanya dijadualkan pulang ke Malaysia pada hari esok (Jumaat) sebelum turun memulakan saingan di litar Maeps pada pagi Sabtu.
âPenat memang penat. Tidak ada masa yang cukup untuk saya berehat. Jadual di Suzuka agak padat dan kemudian terus pulang ke Malaysia. Sampai sahaja di Malaysia, terus berlumba di Maeps,â jelas Zaqhwan.
âTetapi itu bukan alasan untuk saya tidak memberikan aksi terbaik. Lawan tetap lawan. Cuma saya tidak sempat untuk menguji jentera sejak cuti rehat sepanjang puasa dan hari raya. Harapnya semua dalam keadaan baik minggu ini.â
Selepas empat pusingan, Zaqhwan kini berada di tangga keempat keseluruhan dengan 33 mata, 18 mata di belakang pendahulu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) yang mengumpul 51 mata.
Mengulas tentang saingan Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8 Hour, Zaqhwan berkata, segalanya berjalan dengan baik. Catatan masa juga lebih baik berbanding tahun lepas. Cuma saya masih belum berpuas hati kerana masih gagal mencapai sasaran masa yang saya sasarkan.â
ZAQHWAN: NO EXCUSES
Mohd Zaqhwan Zaidi shrugs off travel fatigue as he flies home literally in time for Round 5 of the 2017 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship.
As one of the most sought after 600cc riders in the region, the GiVi Honda Yuzy Racing rider had spent a hectic month in Japan preparing for his fourth appearance in the upcoming Suzuka 8-Hour Endurance Race.
“I’ve been in Japan since the Aidilfitri holidays. The training and test sessions for the 8-hour had been very intense. I am now rushing home to be in time for the first free practice at the upcoming race in MAEPS this weekend,” said Zaqhwan.
“However, I’m not too concerned about fatigue. I’m more worried about the fact that I have not had time to test the bike since the change in regulations.”
Come Round 5 at the Malaysia Agrocultural Exhibition Park (MAEPS) on July 15 and 16, Zaqhwan will be in the chase to close the points gap against the current CP150 leaders. Zaqhwan had been one of the best performing Honda riders so far, ranking fourth overall with 33 points.
After a short stint back home for Cub Prix, Zaqhwan will be winging his way back to Japan where the prestigious endurance event will take place at the end of the month.