Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan tiga pemain dari negara Indonesia dikenakan penggantungan seumur hidup daripada sebarang aktiviti badminton selepas didapati bersalah kerana mengatur perlawanan, memanipulasi dan perjudian.
Lima pemain turut dikenakan tindakan keras oleh Jawatankuasa Integriti BWF dimana mereka digantung diantara enam hingga 12 tahun dan didenda diantara USD 3 000 hingga USD 12 000 seorang.
Kesemua lapan pemain ini beraksi di kejohanan antarabangsa kelas bawahan disekitar Asia digantung bermula Januari 2020 selepas siasatan dijalankan.
Kesemua yang terlibat dibenarkan untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam tempoh 21 hari.
Dalam pada itu, BWF turut mengesahkan seorang eksekutif syarikat warganegara Malaysia yang menguruskan penajaan pemain antarabangsa turut dikenakan penggantungan seumur hidup selepas didapati bersalah menawarkan wang kepada pemain untuk memanipulasi keputusan perlawanan.
Unit Integriti BWF telah menjalankan siasatan ke atas individu tersebut dan beberapa pemain untuk mengenalpasti tempoh pelakuan.