Persekutuan Badmintopn Dunia (BWF) memutuskan untuk menunda Kejohanan Asia pada awal januari 2021 susulan pandemik Covid 19 yang masih menular dan menunjukkan peningkatan.
Kejohanan yang diumumkan oleh BWF dijadual berlangsung pada November melibatkan Filipina, Indonesia dan China dipilih sebagai tuan rumah pada awalnya namun diubah ke Bangkok sebagai lokasi pertandingan.
Perubahan jadual ini menyaksikan dua kejohanan besar bakal berlangsung pada Januari 2021 termasuk HSBC BWF Jelajah Dunia Akhir yang dijadual berlangsung dari 27-31 Januari.
Persatuan Badminton Thailand dan kerajaan negara Thailand telah menjalankan ujikaji tentang aspek aspek keselamatan yang perlu dititikberat untuk menganjurkan kejohanan tersebut.
Namun selepas perbincangan diadakan, Ahli Majlis BWF memutuskan untuk menunda kejohanan Asia bagi memastikan standard kejohanan terjamin selain memastikan susun atur pemain pemain dan semua yang terlibat dikawal dengan sebaik mungkin.
Maklumat lengkap berhubung penganjuran itu akan dimaklumkan termasuk panduan dan protokol keselamatan dan penganjuran termasuklah kedudukan ranking pemain serta sebarang perubahan jadual kejohanan dalam BWF yang seterusnya.