Mohd Fitri Ashraff Razali(kiri) pelumba kedua pasukan Hong Leong Yamaha bersama Ahmad Afif Amran bagi saingan Asia Production 250cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC).

Pelumba Hong Leong Yamaha, Ahmad Afif Amran gembira apabila nama Mohd Fitri Ashraff Razali didaftarkan pada saat akhir sebagai pelumba kedua pasukan bagi menghadapi saingan Asia Production 250cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan bermula di Litar Johor, Pasir Gudang, minggu ini.

Sepanjang musim 2016, Ahmad Afif merupakan pelumba tunggal bagi pasukan Hong Leong Yamaha dan menamatkan musim di kedudukan ke-17 keseluruhan.

“Tahun 2016 sangat mencabar kepada saya dan pasukan. Beraksi sendirian menyebabkan kami tidak dapat berkongsi dan mengumpul lebih banyak data,” jelas Afif.

“Perlumbaan kelas 250cc ini tidak banyak berbeza dengan kelas Underbone dimana sekelompok besar pelumba akan bersaing sengit menuju ke garisan penamat, cuma dengan jentera yang lebih besar dan lebih laju. Dengan 28 pelumba berada di grid, saya gembira kerana tahun ini dapat bekerjasama dengan Fitri.”

Sementara itu Fitri turut teruja apabila bakal beraksi dalam kategori baharu pada musim ini.

“Nama saya didaftarkan pada saat akhir, jadi saya tidak mempunyai persediaan secukupnya untuk menghadapi saingan pusingan pertama ini. Saya belum pernah menggunakan jentera 250cc Yamaha ini. Waaupun pernah beraksi dalam saingan Asia Dream Cup beberapa tahun lepas, namun kelas terbuka AP250cc ini lebih mencabar dan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman. Bagi saya, jika dapat menamatkan perlumbaan dikalangan 10 pelumba terbaik pun sudah memadai,” jelas Fitri.

 

ALWAYS BETTER WITH A TEAM MATE

Hong Leong Yamaha Racing’s Ahmad Afif amran, who was previously the team’s sole rider in the Asia Production 250cc class, is relieved to learn that Mohd Fitri Ashraf Razali has been signed on for the 2017 FIM Asia Road Racing Championship.

The announcement about Fitri’s late entry into the class was made just days before the start of Round 1 at the Johor Circuit in Pasir Gudang, Johor.

“2016 was very challenging for us as a team. Without a second rider with whom I could share data with, it was difficult for me to see where I was going wrong,” said Afif who ranked 17th in class last year.

“The 250cc class is a lot like Underbone racing. A big pack of riders gunning for the win. But it’s so much faster so the on-track battles are very intense. With 28 hungry and determined riders out there chasing after the chequered flag, I am glad there is at least one rider who will have my back.”

On the other hand, Fitri himself had been apprehensive about the upcoming race.

“The decision came so late that I have not been able to complete my preparations for the season opening round. I’ve not had much significant on-track time with the new bike. While I have my previous Asia Dream Cup experience to fall back on, I am aware that the riders in the open-make categories are more skilled and experienced. For me, personally, a top ten finish in both races will be considered a good start,” said Fitri.

- Advertisement -