Perjuangan kem badminton negara khususnya bagi saingan berpasukan lelaki bakal bermula esok pagi dimana Malaysia berdepan tugas sukar, apabila dijadual berdepan Jepun.
Memulakan aksi bagi perseorangan lelaki, Liew Darren yang akan berdepan juara dunia 2018, Kento Momota.
Esok merupakan pertemuan kali kedua diantara Liew Darren dan Momota selepas pertama kali bertemu di Kejuaraan Dunia di China.
Turun selepas itu, gandingan Goh V Shem / Tan Wee Kiong yang akan berdepan gandingan ranking ketiga dunia, Takeshi Kamura/ Keigo Sonoda.
Aksi perseorangan kedua menyaksikan Lee Zii Jia bakal diturunkan untuk memburu mata ke atas Kenta Nishimoto sebelum gandingan muda Obf Yew Sin/Teo Ee Yi menggalas tugas bagi acara bergu yang akan menentang Takuto Inoue/Yuki Kaneko
Andai kedua dua pasukan terikat dua sama selepas empat perlawanan, mata kemenangan diantara Malaysia dan Jepun bakal ditentukan menerusi pertarungan diantara Leong Jun Hao dan KantaTsuneyama.
Ketika edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan, Malaysia tewas kepada China 0-3 sekaligus meraih pingat gangsa bersama sama Taiwan.
Mungkin Jepun lawan yang sukar kerana kebanyakkan pemain yang diturunkan berada kedudukan 10 terbaik dunia, namun ia tidak mustahil kerana skuad bolasepak bawah 23 tahun negara telahpun menunjukkan apa sahaja mampu berlaku jika ada keinginan untuk menang
Mesyuarat pengurus pengurus pasukan telah berlangsung di Istora Senayan dimana ia diketuai Ketua Teknikal Greg Kim yang juga Setiausaha Agung Badminton Asia.
Jadual perlawanan – berpasukan lelaki
MS 1 – Liew Darren vs Kento Momota
MD 1 – Goh V Shem/ Tan Wee Kiong vs Takeshi Kamura / Keigo Sonoda
MS 2 – Lee Zii Jia vs Kenta Nishimoto
MD 2 – Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi vs Takuto Inoue / Yuki Kaneko
MS 3 – Leong Jun Hao vs Kanta Tsuneyama