Red Bull Product of Europe kembali dengan edisi kedua pertandingan sepak takraw Libas yang akan berlangsung dari 17 sehingga 18 September 2016. Kali ini, untuk menjadikan pertandingan tersebut lebih menarik serta mencabar bagi badan dan juga minda, sedikit perubahan pada cara permainan telah dibuat.
Pertama sekali, daripada hanya seorang pemain yang berperanan sebagai server, setiap pemain harus bergilir untuk melakukan servis. Selain itu, sistem pemarkahan juga berbeza dengan sistem 21 markah biasa.
Untuk Libas, pasukan dengan markah yang terbanyak dalam masa sepuluh minit adalah pasukan yang menang. Markah diberi bedasarkan pemengang servis. Setiap perlawanan berlangsung selama sepuluh minit, dengan lima minit untuk setiap separuh dan juga tiga minit masa rehat di separuh masa.
Penyertaan untuk pertandingan Red Bull Libas terbuka untuk warga negara Malaysia berumur 16 ke 25 tahun dan dibahagi kepada dua kategori: Pendekar untuk mereka berumur 16 ke 20 tahun dan Panglima bagi mereka yang berumur 21 ke 25 tahun.
Setiap pasukan mesti terdiri daripada empat permain, tiga di gelanggang dan seorang pemain pengganti. Hanya seorang pemain negeri atau negara dibenarkan untuk setiap pasukan dan pasukan campuran lelaki dan wanita juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian.
Peserta dari kedua-dua kategori berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah Rm14,000.
Untuk mendaftar atau untuk informasi lanjut mengenai Red Bull Libas, layari www.redbull.my/libas. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12 September 2016. Sila ambil maklum bahawa hanya pasukan yang disenarai pendek akan dihubungi dan hanya ada 24 slot pasukan untuk setiap kategori. Walaupun tiada yuran pendaftaran dikenakan, pasukan yang bertanding akan dikenakan bayaran sebanyak RM50. Pasukan yang mewakili sekolah, kolej dan universiti dikecualikan daripada yuran penyertaan.
Red Bull Sepak Takraw challenge returns
Red Bull Product of Europe is bringing the second edition of its Libas ‘sepak takraw’ tournamenthappening from 17 to 18 September 2016. This time around, there is a twist in the gameplay to make it more exciting and challenging for both the body and mind.
Firstly, instead of having a dedicated team server, each player will have to rotate their roles and serve. Additionally, the scoring system is time attack based where the team with the higher score in ten minutes is the winner as opposed to the conventional 21-points scoring system.
Points are scored based on the team’s own service. Each match will be played over ten minutes, with five minutes for each half and a thee-minute break in between.
The Red Bull Libastournament is open to all Malaysians aged between 16 to 25 years old and there are two categories;The ‘Pendekar’ category for 16 to 20 year-olds and the ‘Panglima’ category for 21 to 25 year olds.
Each team must consist of a maximum of four players, with three players on court and one as a substitute. Only one state or national player is allowed per team and mixed teams of males and females are welcome to participate.
Participants of both categories will stand a chance to win cash prizes totalling to RM 14,000.
To register or to find out more about Red Bull Libas, go to www.redbull.my/libas. Registration ends on 12 September 2016. Please note that only shortlisted teams will be contacted and there are 24 team slots for each category.
While there is no fee to register, competing teams will need to pay a non-refundable participation fee of RM50. Teams representing their school, colleges and universities will have the fee waived.