Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di dalam fasa akhir sebelum menentukan calon yang akan mengisi jawatan ketua jurulatih skuad wanita kebangsaan.
Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan, sesi temuh ramah empat calon terakhir akan dijalankan bagi memuktamadkan calon yang layak.
Sesi temuramah dan penilaian terakhir itu akan disertai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Ahmad Faedzal Md Ramli
Dua calon merupakan warganegara Malaysia manakala dua lagi merupakan calon luar negara dan sesi temuduga akan dilangsungkan menerusi sidang video.
Calon yang terpilih akan memulakan tugasnya secara rasmi pada September.
Tambah Subahan lagi, KHM juga dalam proses melantik pengarah teknikal yang baru bagi memimpin skuad projek Sukan Asia 2026.
Dalam perkembangan lain, turut diumumkan Presiden Persatuan Hoki (PH) Perak Mohd Sayuti Samat, Presiden PH Kedah Mohd Asmirul dan wakil dari Tenaga Nasional, akan dilantik sebagai anggota jawatankuasa eksekutif MHC, manakala anggota lain akan diumumkan kemudian.