22 pemain negara yang akan menggalas tugas di kejohanan badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020 (CAMO2020) diingatkan untuk memberikan yang terbaik.
Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri iaitu Axiata Arena perlu dimanfaatkan dengan sebaik baiknya kerana Celom Axiata Terbuka Malaysia 2020 ibarat misi serampang dua mata.
Bagi Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, undian yang melibatkan pemain pemain negara bukan cerita utama.
Tidak ada yang mustahil dan beliau juga tidak menolak pemain pemain negara mampu untuk mencipta kejutan.
“Segalanya bergantung kepada minda samada mahu atau tidak. Latihan telah disediakan ditambah bimbingan daripada jurulatih masing masing untuk memberikan gambaran yang lebih luas kepada mereka.
“Saya mengharapkan pemain pemain untuk tidak terlalu memikirkan siapa lawan mereka, sebaliknya fokus semaksima yang mungkin ketika digelanggang,”kata Choong Hann.
Tambahnya lagi, Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020 yang dijadual berlangsung dari 31 Mac hingga 5 April turut memberi pungutan mata bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung pada Julai nanti.
“Dengan baki kejohanan yang ada ketika ini, bukan sahaja pemain negara, malah pemain dari luar negara juga akan memberikan segalanya untuk memastikan nama mereka berada dalam senarai ke Tokyo 2020 nanti,”
Dalam pada itu, Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria menjelaskan, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau perkembangan berhubung isu Covid-19.
Malah, perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Imigresen, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) turut diadakan bagi menyusun atur langkah langkah yang perlu diambil khususnya di Axiata Arena.
“Kami juga bekerjasama dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi langkah langkah yang sewajarnya terhadap pemain pemain yang akan datang kelak.
“Pemain pemain umpamanya telah menjalani latihan dan berpengkalan di luar negara mereka, Proses saringan juga telah diadakan sebelum mereka menyertai kejohanan Seluruh England,” kata Norza.
Perseorangan negara, Lee Zii Jia yang menduduki ranking ke 15 dunia ketika ini akan memulakan saingan berdepan pilihan keenam, Christie Jonathan dari Indonesia.
Christie merupakan lawan yang sama untuk Zii Jia dimana kedua dua pemain akan bertarung di pusingan pertama Seluruh England yang dijadual bermula hari ini.
Sonia Cheah yang akan beraksi di perseorangan wanita berdepan tugas getir apabila diundi bertemu pilihan kedua dari Taiwan, Tai Tzu Ying.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula akan mengetuai cabaran empat bergu lelaki negara.
Turun dengan status pilihan kelapan, Aaron dan Wooi Yik diundi berdepan gandingan dari India, Attri Manu-Reddy B Sumeeth di pusingan pertama.
Ong Yew Sin_Teo Ee Yii dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua apabila bakal berdepan satu lagi bergu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty .
Tugas mencabar untuk pasangan professional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dimana mereka diundi berdepan pilihan ketiga yang juga juara bertahanLi Jun Hui-Liu Yu Chen di pusingan pertama.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin bakal berdepan pasangan Indonesia Wahyu Nayaka Arya Pangkaryanira-Ade Yusuf Santoso.
Bergu wanita pula menyaksikan tiga wakil negara beraksi. Vivian Hoo-Yap Cheng Wen akan berdepan bergu India, Jakkampudi Meghana-Poorvisha S Ram sementara pasangan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean perlu melepasi halangan daripada Rachel Honderich-Kristen Tsai dari Denmark jika berhajat untuk ke pusingan kedua.
Bergu muda dalam pembikinan, Pearly Tan-M Thinaah pula berdepan tugas getir apabila diundi bertemu pilihan ketiga yang juga juara 2017, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun.
Tiga wakil negara yang beraksi di dalam bergu campuran bakal mengharungi liku liku berbeza.
Mengetuai cabaran negara adalah pasangan professional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang akan berdepan cabaran dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Bøje .
Tan Kian Meng-Lai Pei Jing diundi berdepan juara dua kali berturut turut dan juga pilihan pertama, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.
Sementara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan bertemu dengan pilihan kelapan dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja.
Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020 merupakan kejohanan bertaraf Super 750 dan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan US 750 000.