Setiausaha Agung Majlis Olimpik Kemboja (NOCC) Vath Chamroeun menggandakan usaha untuk mempersiapkan venue venue yang akan digunakan bagi temasya dwi tahunan, Sukan SEA bagi edisi 2023.

Jelasnya, ia bertujuan untuk memastikan perjalanan temasya edisi ke 32 yang akan berlangsung di negara itu lancar dan tiada sebarang masalah besar berlaku.

Perkara ini dipersetujui oleh kesemua 14 wakil jawatankuasa kecil dibawah Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) ketika mesyuarat yang diadakan di Pnhom Penh baru baru ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Pelancongan, Thong Khon bersetuju untuk menggandakan usaha bermula Januari 2021 bagi mempercepatkan kerja kerja pembinaan venue baharu dan menaiktaraf venue sedia ada.

Majlis Olimpik Kemboja juga memuji usaha dan idea yang dilakukan oleh semua jawatankuasa kecil CAMSOC bagi memastikan segala perancangan prosedur dipatuhi dengan sebaik mungkin terutama ketika dunia sedang berdepan situasi pandemik Covid 19.

Chamroeun menerusi laporan media tempatan menjelaskan, pandemik Covid 19 hanya memberi impak negatif yang minimum terhadap perancangan yang telah dibuat oleh CAMSOC dan sehingga kini, segalanyua masih mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sukan SEA ke 32 di Kemboja dijadual berlangsung dari 5 hingga Mei 2023.

Phnom Phenh akanb menjadi lokasi utama acara acara sukan manakala Siem Reap, Takeo, Kampot, Battambang dan Kampong Cham antara wilayah wilayah kecil yang dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada acara acara lain.

Majlis Perasmian dan Penutup Sukan SEA 2023 dijangka akan diadakan di Stadium Nasional Morodok Techno yang terletak diluar Phnom Penh yang menelan kos 160 juta dolar.

 

- Advertisement -