Pasukan Senior Wanita Kebangsaan yang kini dalam proses mempersiapkan pasukan menjelang Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2024 yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini, bakal menjalani latihan bersama Pasukan Wanita Kebangsaan Wales bermula 28 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Bertempat di Pusat Sukan Nasional Wales, Cardiff, United Kingdom, Pasukan Malaysia dan Wales akan menjalani tiga perlawanan persahabatan dan tiga perlawanan ujian antarabangsa di mana perlawanan ujian tersebut mendapat pengesahan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan akan memberikan mata ranking.

Daripada senarai 19 pemain yang dibawa, lima pemain merupakan pemain muda yang masih belum mengumpul sebarang caps antarabangsa bersama pasukan senior kebangsaan dan sekiranya mereka diturunkan pada perlawanan ujian antarabangsa, ia akan menjadi caps antarabangsa pertama bersama pasukan senior.

Pasukan Senior Wanita Kebangsaan yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Nasihin Nubli Ibrahim, akan berlepas ke Cardiff pada Ahad (28 Julai) dan jelas pengendali pasukan itu, 19 pemain yang dibawa ke Cardiff adalah pemain yang dipilih berdasarkan prestasi semasa mereka di mana 9 daripadanya merupakan pemain Remaja Wanita Kebangsaan yang berusia 21 tahun dan kebawah.

ā€œUntuk siri latihan persahabatan kali ini, pasukan terpaksa mengetepikan beberapa pemain utama seperti Hanis Nadiah Onn, Siti Zulaikha Husain, Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad dan Nuramirah Shakirah Zulkifli yang kini masih menjalani proses rehabilitasi daripada kecederaan yang mereka alami sebelum ini.

ā€œTanpa kelibat beberapa pemain utama tersebut, ini akan menjadi peluang terbaik untuk pemain-pemain junior menyerlah dan mengutip pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa dengan sebaik mungkin. Siri perlawanan persahabatan ini juga harus digunakan dengan sebaik mungkin oleh mereka bagi menunjukkan potensi sebenar yang mereka miliki.

ā€œBarisan kejurulatih percaya Pasukan Wanita Kebangsaan yang kini membariskan campuran pemain senior dan junior akan memberikan tentangan yang baik kepada Pasukan Wales. Walaupun ini adalah siri latihan persahabatan juga perlawanan ujian namun ianya berintensiti tinggi.

ā€œPasukan ini telah menunjukkan kemajuan dari segi kecergasan juga teknikal dalam hoki dan kami barisan kejurulatih percaya dengan pendedahan bermain di peringkat antarabangsa seperti ini, pasukan akan lebih maju dan mampu untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih baik.

ā€œBarisan kejurulatihan juga sering menekankan kepada pemain untuk sentiasa berikan yang terbaik malah lebih daripada 100 peratus pada semua perlawanan yang mereka lalui selain jangan sesekali berputus asa dalam memperbaiki diri sendiri serta membantu pasukan,ā€ jelas beliau.

Berikut merupakan senarai 19 pemain yang akan mengikuti siri latihan persahabatan menentang Pasukan Kebangsaan Wanita Wales di Pusat Sukan Nasional Wales, Cardiff, United Kingdom.

NONAMAPOSISIUMURCAPS ANTARABANGSA
1Nur Hazlinda Zainal AbidinPenjaga Gol2115
2Siti Zalia NasirPenjaga Gol2310
3Fitrinur Amiera RamleePenjaga Gol220
4Juliani Mohamad Din (Ketua Pasukan)Pertahanan39201
5Khairunnisa Ayuni Mohd SharuddinPertahanan2212
6Nurul Fatin Fatiah AzmanPertahanan2221
7Anith Humairah BaharudinPertahanan217
8Irma Nurizzati Batrisyia Arief AmronPertahanan200
9Nur Nabila Alia YussainiTengah2211
10Dayang Nuramirah  Abang MahadiniTengah2326
11Siti Nur Irdina Mohd NorTengah2016
12Nur Insyirah EffarizalTengah2226
13Thibatharshini JamesTengah210
14Siti Nur Atika Shaikh MaznanTengah210
15Nur Shamine Azureen Mohammad BadushaPenyerang1911
16Azmyra Mia Sofea AzhairyPenyerang2016
17Siti Nur Arfah Mohd NorPenyerang2324
18Nur Afiqah Syahzani AzharPenyerang2426
19Zati Alyani Muhammad ZubirPenyerang190

Berikut merupakan jadual perlawanan yang telah diatur buat Pasukan Wanita Kebangsaan yang akan menentang Pasukan Kebangsaan Wanita Wales di Pusat Sukan Nasional Wales, Cardiff, United Kingdom.

HARITARIKHPERLAWANANMASA
Jumaat02/8/2024Perlawanan Persahabatan 11:00 Pagi
Sabtu03/8/2024Perlawanan Persahabatan 21:00 Pagi
Ahad04/8/2024Perlawanan Persahabatan 37:00 Malam
Rabu07/8/2024Perlawanan Ujian Antarabangsa 111:00 Malam
Jumaat09/8/2024Perlawanan Ujian Antarabangsa 211:00 Malam
Sabtu10/8/2024Perlawanan Ujian Antarabangsa 311:00 Malam

** Masa perlawanan adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -