Thailand’s Chalermpol Polamai returns to the SuperSports 600cc arena as he confirmed a wildcard entry in Round Four of the PETRONAS Asia Road Racing Championship at the Suzuka Circuit in Japan this 5 and 7 September.
The 2009 SuperSports 600cc Champion will take to the grid with long-serving team, Yamaha Thailand Racing, the same team that saw compatriot, Decha Kraisat clinch the 2008 and 2010 title.
The 33-year old was last seen in the ARRC paddock in 2011 before the team decided to concentrate all their efforts in the MFJ All Japan Championship starting from the 2012 season onwards.
Well know for his cool contemplative demeanour, low-profile and no-nonsense nature, Chalermpol’s presence is expected to heat up the SuperSports 600cc competition this weekend, putting a lot of pressure on potential champions, Mohd Zamri Baba and Katsuaki Fujiwara.
“I am really happy to get a wildcard entry at Suzuka in the ARRC,” said Chalermpol.
“This is the championship where I learned all about racing 600cc bikes and to return here is a huge honour,” he added.
Talking about his expectations for the race, Chalermpol commented, “I still follow the ARRC even though I race in a different championship and from what I can tell the level is much higher with the grid now filled with several world class riders. In that sense I do not expect an easy outing this weekend. Instead I believe we will have to work extra hard and continuously push the limits to keep up with riders like Zamri, Fujiwara and Tamada. Hopefully I can score some strong results and make the team proud.”
CHALERMPOL WILDCARD DI SUZUKA
Pelumba handalan Thailand, Chalermpol Polamai bakal membuat penampilan semula dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) setelah mengesahkan penyertaan melalui tiket wildcard di Litar Suzuka, Jepun, 5 hingga 7 September ini.
Juara SuperSports 600cc 2009 itu akan mewakili pasukan Yamaha Thailand Racing, pasukan sama yang membawanya bergelar juara Asia dan juga gelaran juara Asia buat rakan senegara, Decha Kraisart pada tahun 2008 dan 2010.
Kali terakhir pelumba 33 tahun itu beraksi di ARRC adalah pada tahun 2011 sebelum pasukan mereka membuat keputusan berhijrah ke kejuaraan MFJ All Japan bermula pada musim 2012.
Dikenali sebagai pelumba yang tenang dan merendah diri, kehadiran Chalermpol dijangka bakal menambahkan kehangatan perlumbaan SuperSports 600cc termasuk memberikan tekanan kepada pendahulu keseluruhan, Mohd Zamri Baba dan juga Katsuaki Fujiwara.
“Saya sangat gembira kerana dapat kembali ke ARRC meskipun sekadar peserta wildcard,” jelas Chalermpol.
“Kejuaran ini memberi banyak kenangan kepada saya, selain bergelar juara keseluruhan, disinilah saya mempelajari selok belok perlumbaan 600cc. Perlumbaan minggu ini menjadi satu kebanggaan kepada saya.”
Bercakap tentang sasaran pada perlumbaan minggu ini, Chalermpol berkata, “Saya tetap mengikuti perkembangan ARRC meskipun kini beraksi di kejuaraan lain. Saya lihat keupayaan pelumba-pelumba ARRC jauh meningkat terutama dengan kehadiran pelumba-pelumba berkelas dunia.
“Jadi saya fikir perlumbaan minggu ini pastinya sengit dan saya perlu bekerja lebih keras untuk bersaing dengan pelumba handalan seperti Zamri, Fujiwara dan Makoto Tamada. Mudah-mudahan saya dapat memperoleh keputusan yang baik, lebih bagus jika dapat menjejakkan kaki di atas podium.”