Pastikan kesemua pemain bebas dari kecederaan sebelum menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pusingan kedua Piala Dunia 2022-Piala Asia 2023 di Dubai nanti.
Itu adalah harapan Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe. Tambahnya, beliau harap para pemain akan mengelak dari bermain kasar dalam perlawanan persahabatan menjelang perlawanan pembukaan menentang UAE pada 3 Jun.
Skuad Harimau Malaya yang menentang Kuwait semalam bakal menentang Bahrain dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada 28 Mei.
Kata Cheng Hoe, beliau memilih untuk menentang pasukan dari Asia Barat untuk perlawanan persahabatan kerana mereka terkenal dengan fizikal yang besar.
Namun, beliau menasihati agar anak buahnya tidak terlalu bersemangat semasa dipadang bagi mengelak sebarang kecederaan disebalik menguji kemampuan mereka.
Mengenai kesebalasan utama untuk perlawanan pembukaan, Cheng Hoe akui masih dalam pencarian dan menggunakan peluang semasa perlawanan persahabatan menentang Kuwait bagi menguji kemampuan beberapa kombinasi.
Selepas UAE, Malaysia akan menentang Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun untuk mecari slot automatic ke Final Piala Asia 2023 serta layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.
Sehubungan itu, Cheng Hoe turut mendedahkan pendatang baru seperti penyerang Guilherme De Paula dan Luqman Hakim Shamsuddin, pemain sayap Arif Aiman Hanapi, pemain tengah Liridon Krasniqi dan penjaga gol Samuel Somerville telah menunjukkan prestasi dan kerjasama pasukan yang baik. – Oleh Siti Zafirah Kamal