he.zi.proposed
He Zi dilamar oleh jurulihnya sejurus tamat upacara penyampaian hadiah

Oleh Ku Mohd Lufti

Negara China terus menguasai acara terjun selepas memperolehi pinga emas kelima menerusi 3 Meter Papan Anjal Individu Wanita.

Emas diperolehi menerusi Shi Tingmao yang seakan akan melakukan terjunan sempurna untuk meraih 81.00, 81.00, 84.00, 79.05 dan 81.00 mata sekaligus mencatat 406.05 mata.

Malah, hanya Shi sahaja yang mampu mencatat markah lebih dari 400 mata manakala 11 penerjun lain berada di dalam purata 300 mata ke atas.

Rakan senegara Shi, He Zi meraih pingat perak selepas melengkapkan lima terjunan dengan catatan 387.90 mata.

Manakala penerjun dari Itali, Tania Cagnotto melengkapkan podium, meraih 372.80 mata untuk berpuashati dengan pingat gangsa.

Kejutan berlaku di Pusat Akuatik Maria Lenk apabila pemenang pingat perak, He Zi dilamar oleh jurulihnya sejurus tamat upacara penyampaian hadiah.

Jurulatihnya mengeluarkan sebuah bekas yang mengandungi sebentuk cincin dan melamar He Zi di depan kolam renang sambil disaksikan penonton, pegawai dan atlet yang hadir.

Sementara itu, persembahan penerjun Malaysia dalam acara ini Ng Yan Yee tidak begitu menyerlah apabila menamatkan saingan akhir ditangga ke 10 dengan catatan 306.60 mata, kesilapan di terjunan keempat mengundang padah apabila gagal melakukan rutin reverse 2 ½ Somersaults dengan markah, 40.50 mata.

- Advertisement -