Belumpun saingan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula, keresahan sudah mula disuarakan negara yang mengambil bahagian.
Kem pelayaran negara China tampak tidak selesa dengan penempatan mereka di Tokyo apabila hotel yang menjadi penginapan mereka turut sama dihuni pelancong luar sekaligus mengundang keresahan jangkitan Covid 19.
Memetik laporan media China, Xinhua, Presiden Persatuan Pelayaran China, Zhang Xiaodong melihat ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan mahu mendapatkan penjelasan daripada pihak penganjur Tokyo 2020.
Katanya, walaupun negara negara lain ditempatkan ditingkat yang berbeza pelancong tempatan masih bercampur dengan atlet olimpik terutama di lobi dan restoran sekaligus mampu mencetuskan kebimbangan terhadap potensi penularan Covid 19.
Penempatan bagi atlet pelayaran tidak berada di dalam Perkampungan Atlet kerana jarak dengan venue pertandingan di Enoshima Yacht Harbour adalah lebih 80 kilometer.