Oleh Ku Mohd Lufti
Dua wakil negara meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun selepas menang ke atas lawang masing masing di suku akhir hari ini.
Pilihan pertama dalam acara perseorangan, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas menundukkan pemain China, Shi Yuqi dengsn keputusan straight set 21-12, 21-12 dalam masa 40 minit.
Chong Wei yang juga pemenang pingat perak tiga kali sukan Olimpik akan berdepan pemain Jerman, Marc Zwibler yang melakar kejutan, menewaskan pilihan kelapan K Srikanth 18-21, 21-14, 21-19.
Sementara itu, pasangan bergu campuran negara, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying turut menepati ramalan mara ke separuh akhir selepas menang ke atas wakil Korea Selatan, Kim Gi Jung – Shin Seung Chan dengan keputusan straight set 21-17, 21-18.
Rentak kecemerlangan Chong Wei dan bergu campuran bagaimanapn gagal diekori bergu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun – Woon Khe Wei.
Mereka gagal ke separuh akhir selepas ditujukkan jalan keluar oleh pilihan kedua kejohanan, Chritinna Pedersen – Camilla Rytter Juhl dari Denmark.
Meskipun berjaya meraih kemenanga 22-20 di set pertama, Vivian dan Khe Wei gagal meraih kemenangan di set kedua apabila tewas 21-23.
Di set penentuan, faktor keletihan selepas bermain dalam set deuce di dua set nyata menjadi penghalang sekaligus Vivian dan Khe Wei akur untuk tewas 14-21 selepas bertarung selama 76 minit.